Anda Munafiq Dan Hipokrit


Dalam al quran, kita dapati azab yang bakal ditimpakan kepada orang munafiq lagi hebat berbanding azab yang ditimpakan kepada orang kafir.

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya;
"sesungguhnya Allah himpun orang munafiq dan orang kafir, semunya dalam neraka".

(Surah An-Nisa' : 140)

Dalam ayat ini, didahulukan menyebut kalimah "munafiq", berbanding kafir. Hikmahnya, dinyatakan dalam ayat yang lain, bahawa azab yang bakal ditjmpakan kepada munafiq lebih berat berbanding orang kafir.

Firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Maksudnya;
"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka"

(Surah An-Nisa' : 145)

Itu yang pertama. Yang keduanya pula, penghinaan terhadap orang munafiq itu, bukan sekadar berlaku di akhirat kelak, malahan di dunia pun Allah SAW telah menggambarkan kehinaan terhadap mereka. Ini dibuktikan dengan penurunan ayat berkenaan dengan kematian tokoh munafiq di zaman Rasulullah SAW, iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Yang mana Allah SWT menyatakan;

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya;
"jangan kamu solat ke atas salah seorang dari kalangan mereka yang mati sampai bila-bila, dan jangan kamu berdiri di kuburnya, kerana mereka kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya".

yang geramnya ada orang yang sesuka hati menuduh seseorang itu munafiq. Sungguh buruknya Orang Munafiq ni.



just mau kongsi...sebenarnya aku benci orang yang menuduh orang lain munafiq au hipokrit..padahal benda tu susah nak nampak melainkan apa yang Nabi dah bagitau..yang munafiq itu ada 3 ciri...dalam sesetengah riwayat 4 ciri...wallahua'lam..anda cari la sendiri kat google.


Klise - inilah yang boleh saya katakan bila mendengar orang kata tak mahu jadi hipokrit. Nak jadi diri sendiri. Tak nak tipu diri sendiri..tak nak tipu orang lain.. Maka jadilah ungkapan "Be Yourself" sebagai pegangan mereka... Amboi, bagusnya...
.

Cuba kita fikirkan kembali, sebenarnya terdapat kesilapan bagi sesiapa yang menjadikan kata-kata ini sebagai pegangan. Sekiranya perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan tiada kaitan dengan agama ataupun lebih jelasnya tiada ketetapan secara mutlak dalam agama, maka dalam perkara sebegini tidak mengapa jika kita ingin “be myself”. Kita bebas memilihnya mengikut selera dan aneka rasa yang ada. Contohnya seperti makanan kegemaran, warna kesukaan dan hiasan pada blog.
Sekiranya perkara itu ada kaitan dengan agama ataupun sudah ditetapkan hukumnya dalam Islam, maka perkara itu bukanlah suatu pilihan, sebaliknya ia adalah satu ketetapan, yang tidak dapat tidak mesti kita ikuti dan patuhi. Tiada pilihan lain. Contohnya seperti kewajipan menutup aurat dan solat lima waktu. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang tersalah memilih, tetapi setelah kita ketahui mana yang benar maka perlulah kita ikuti dan amalkan.


Antara penyebar utama ‘fahaman’ ini ialah segelintir artis. Ada dalam kalangan mereka (terutamanya artis wanita) yang pergi menunaikan haji atau umrah lalu pulang ke tanah air dan ditanya, “Mengapa anda tidak bertudung seperti sebahagian artis lain yang baru pulang dari tanah suci?” Dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, “Mengapa perlu tukar itu dan ini? Saya adalah saya! Kenapa nak ikut orang lain? Saya bukannya hipokrit!” Lebih kurang begitulah reaksi mereka. Sedih kita apabila mendengar kata-kata sedemikian.



Dalam satu sumber yang dipetik penulis, hipokrit didefinisikan sebagai seseorang yang mengatakan sesuatu walaupun dia tidak bersetuju dengannya, seseorang yang berlawanan sifatnya dengan apa yang dilakukan, atau sesiapa sahaja yang mendiskriminasi orang yang melakukan perkara yang mereka sendiri melakukannya walaupun mereka menyedarinya.


Tetapi, dalam masyarakat kita dewasa ini, istilah hipokrit acapkali diterjemahkan sebagai munafiq. Adakah sama maksudnya? Jika kita merujuk kembali kitab-kitab agama, munafiq didefinisikan sebagai mereka yang yang mengaku Islam pada zahirnya, tetapi dalam hatinya dan tindak-tanduknya bukanlah seperti seorang Islam. Atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah berpura-pura sebagai seorang Islam.



Perkara inilah yang perlu difahamkan kepada masyarakat kita umumnya, apatah lagi sesetengahnya menyalahgunakan istilah hipokrit dan munafiq ini. Tentu kita biasa mendengar ungkapan, “Biarkan apa orang nak kata pada saya, walaupun saya berpakaian macam ni, saya ni baik, iman dalam hati. Iman bukannya pada tudung, jubah, purdah, kopiah atau serban“ ataupun sebegini “Inilah diri saya, saya memang sejak kecil macam ni. Saya tak nak la jadi hipokrit dengan memakai tudung la, stokin la. Hei! Jahat sangat ke saya ni? Allah tak pandang luaran, Dia tengok hati kita. Tak semestinya berpakaian macam ni hati kotor!”Bagaimana dan kenapa masih wujud kata-kata seperti ini?. Terutamanya dalam kalangan artis dan muda-mudi umumnya. Sebenarnya mereka tidak memahami apa itu iman dan munafiq yang sebenar.


Iman berdiri dengan tasdiq bil qalb (membenarkan dengan hati), taqrir billisan (mengaku atau mengucap dengan lisan),dan ‘amal bil jawarih (amalan dan perbuatan anggota badan). Iman bukan sahaja letaknya di hati, perlu cukup perkara-perkara yang disebutkan, barulah boleh dikatakan sebagai sempurna iman. Jika tidak, jangan mudah-mudah dan senang-senang hendak mengaku hati bersih dan kuat iman.


Tapi apa yang berlaku pada hari ini ialah lahirnya para ‘mufti’ dari kalangan artis dan mereka yang terpesong. Pernah seorang ulama berkata, “Iman itu ibarat biji benih, jika benih itu elok maka akan keluarlah pohon, dedaunan serta buah-buahan yang subur dan mekar. Tetapi, jika benih itu buruk maka sebaliknyalah hasilnya…”


Apa pula yang dimaksudkan dengan munafiq? Adakah mereka yang sejak kecil jahat kemudian melakukan perubahan kepada kebaikan itu dikatakan sebagai munafiq? MasyaAllah! Sungguh terpesong mereka yang berfikiran sedemikian. Munafiq ialah mereka yang mengaku Islam tetapi amat membencinya. Mereka ini lebih teruk daripada orang kafir kerana mereka adalah musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan ular dalam semak. Jadi, adakah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dianggap munafiq?. Ini merupakan persoalan yang perlu ditanya pada diri dan dikaji secara mendalam.


Sebahagiannya pula ada yang berkata, “Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas? hipokrit!! lebih baik free hair je!!” Sebenarnya, ikhlas adalah sesuatu yang cukup susah untuk kita mendapatkannya. Kata sebahagian ulama, “Ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam yang kecil berada di atas batu hitam dalam sebuah gua yang gelap pada waktu malam gelap gelita.” Lihatlah! betapa sukarnya hendak mendapatkan keikhlasan yang sejati. Sehingga begitu sekali perumpamaan yang diungkapkan.


Jika kita hendak menunggu ikhlas singgah pada diri atau bak kata sebahagian orang, “tunggu sampai seru”, maka mungkin kita tidak akan sembahyang, berpuasa, melaksanakan hudud atau menutup aurat sehingga hari kiamat. Di dalam kitab Arbain Nawawi keikhlasan atau keimanan itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, beramal kerana Allah semata-mata, beramal kerana inginkan syurga, beramal kerana takutkan neraka.


Apakah penyelesaiannya? Untuk memupuk keikhlasan di dalam diri, memerlukan tarbiah, mujahadah, latihan dan kemahuan yang tinggi. Ia perlu dilakukan berperingkat-peringkat dan mempunyai marhalahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita berubah,memupuk keikhlasan di dalam diri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Ditulis Oleh:
MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN MOHD SOBRI,
Tahun 2, Azhar

facebook : mujahidah islam
Suntingan: durratul mujahid

FORMSPRING QUESTION






salam..

jzkk utk soalan ini ukhti =) ..

hipokrit atau dalam english 'hyprocrite' pada dasarnya membawa maksud ;- a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess ..

atau dalam bahasa mudah kita, seseorang yang berpura-pura atau talam dua muka..

Manakala munafik pula berasal daripada istilah arab, dan merupakan salah satu daripada ciri-ciri atau sifat yang amat tercela dalam islam..

Mungkin kita pernah mendengar hadis popular ini ;-

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Daripada hadis tersebut kita boleh keluarkan 4 sifat utama seorang munafik, yakni ;

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan kepadanya atau tidak menunaikan tugas dengan sebetulnya.

2. Bercakap dusta dan bohong sama ada dalam bentuk penulisan, kata2 , pemutaran fakta atau mengubah serta menokok-tambah suatu kenyataan yang benar.

3. Mengingkari janji yang termeterai antara dirinya dengan orang lain..

4. Sentiasa ingin menang dalam suatu perbalahan walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah, atau dalam erti kata lain ; ego ..

Keempat-empat sifat ini merupakan sifat2 yang wajar dijauhkan dalam kehidupan seorang muslim..ditambah lagi dengan keburukan serta impak negatif yang terbentuk akibat perbuatan terkutuk ini..bukan sahaja mampu membawa kepada pergaduhan dan perpecahan, tetapi juga bakal membawa kepada terhasilnya fitnah yang amat besar kepada ad-deen kita ini..

Bagi ana, hipokrit termasuk dalam sifat2 seorang munafik, tetapi hipokrit lebih menjurus kepada perbuatan 'menyembunyikan niat2 lain' yang menjurus kepada kepentingan diri sendiri..

Seorang yang hipokrit mungkin patuh dan sentiasa menunaikan janji yang dilakukannya dengan orang lain, tidak pecah amanah , tidak bercakap bohong dan sebagainya..Tetapi, hati dan niat perlakuannya itu ternyata lain daripada niat yang murni, lebih2 apabila 'di belakang tabir' , dia berkelakuan seperti orang lain pula..

Namun begitu, kadangkala wujud perspektif masyarakat yang agak mudah melabelkan seseorang sebagai hipokrit ataupun munafik, sedangkan hati dan naluri seseorang itu, hanyalah berada di bawah kekuasaan Allah SWT ..
Boleh jadi orang yang kita label itu sedang mengalami fasa perubahan..berubah untuk menjadi seorang hamba yang soleh..Pada saat imannya tinggi, dia berkelakuan baik, berkata benar dan sebagainya..tetapi pada saat imannya rendah, dia terleka sebentar sehingga terkeluar juga sifat2 mazmumahnya yang lama..

Insan2 seperti inilah yang wajar diberikan ruang dan bimbingan yang sebenar..bukannya dicaci maki, diumpat serta dilabel sebagai seorang 'hipokrit' .. perbuatan ini bukan sahaja melemahkan semangatnya utk berubah, tetapi juga bakal mengundang parah yang lebih besar kepada masyarakat islam kita..

Sekiranya kita mudah melabelkan seseorang hanya berdasarkan pandangan dan pemerhatian kita sahaja..siapakah agaknya yang munafik dan hipokrit sebenarnya ? Bukankah berkata sesuatu yang dusta itu salah satu daripada sifat orang2 munafik ?

Insya Allah, sama2 kita menjauhkan diri daripada perbuatan mazmumah yang hanya membawa kehancuran kepada ummah kita ini..

Sama2 kita jauhi sifat munafik, hipokrit , serta mudah melabel2 orang tanpa usaha utk membawanya ke arah kebenaran ini..

Dan sama2 membentuk sikap saling mengingati dan berpesan antara kita semua..insya Allah =)

jzkk untuk soalan ini ya ukhti ^_^ .. sori ek kalau x memenuhi jawapan yang ukhti nak..huhu...





sumber1. : DURRATUL MUJAHID

sumber2. : AL-BAKISTANI 
sumber3. : Hazim Dahuli Formspring
             


Antara "Anak ikan", "Anak Ayam" & "Anak Angkat"

Dipetik dari Blog Nas Letter, tertarik nak baca waktu dia post dekat facebook tadi (dia ke sape entah).

http://nash121.blogspot.com/2010/11/apa-itu-anak-ikan-dan-anak-ayam.html



     Anak ayam dan anak ikan. Bila kita mendengarnya seperti perkara biasa,alah..anak ayam yang kecik comel-comel tue,yang asyik ekori mak dia je bila nak pergi mana-mana...Anak ikan pula biasanya ikan yang berada dalam belaan kita dalam balang air atau akuarium serta selalu di beri makan dan dijaga dengan baik. Namun,bagi mereka yang sudah 'faham' dengan perkataan itu,ia membawa maksud yang berbeza tapi sedikit sebanyak berkait rapat dengan perkataan itu. Maka,apa maksud sebenar anak ikan dan anak ayam?


     Anak ikan dan anak ayam mempunyai maksud yang hampir sama,cuma ada sedikit perbezaan (maaf kalau info yang diberi kurang lengkap). Anak ikan setahu aku lelaki muda yang menjadi simpanan wanita yang biasanya berusia sedikit (ada yang bergelar datin) ataupun lelaki gay, manakala anak ayam ialah perempuan yang menjadi simpanan mak ayam dan bapak ayam bukan untuk menjadi alat pemuas nafsu 'bapak' dia,malah menjadi alat pemuas nafsu pelanggan bapak-bapak ayam atau erti kata lain bagi anak ayam ialah pela***.



Ciri-ciri yang biasanya ada pada anak ikan ialah:

-memiliki paras rupa yang tampan lagi-lagi macam model.
-tubuh badan yang tough,macam atlet,berbadan seksi
-pandai berkata-kata
-bijak dalam hal seksualiti dan tahan lama
-daripada tidak berduit,tiba-tiba ada banyak duit (ditanggung )
-kerjanya senang je,cuma tunggu call dan kemudian layan 'mak' atau 'bapa'nya.
-biasanya tidak duduk serumah dengan mak atau bapa ikannya,cuma bila ada panggilan daripada mereka barulah bersama dengan mereka.

Ciri-ciri yang biasa ada pada anak ayam ialah:

-memiliki paras rupa yang cantik,kulit gebu
-fizikalnya? xyah cakap la...montok dan seksi
-dapat upah selepas menjalankan tugas yang 'diamanatkan' daripada mak atau bapak ayam.
-mempunyai skil 'mengawan' yang hebat
-tidak perlu skil komunikasi yang baik daripada anak ikan,cukup paras yang seksi
-mesti serumah dengan 'parentnya' serta 'adik beradiknya',kalau tidak,jenuh maknya nak cari anaknya yang lesap.
-biasanya yang muda saja,kalau dah tua tu dah tak mengaku anak dah,kena halau keluar.

     Biasanya mereka yang sanggup serta 'terpaksa' menjadi anak ikan serta anak ayam ini adalah kerana mereka ini kekurangan wang serta inginkan hidup mewah dengan 'transform' bertukar menjadi anak ikan/ayam berbanding anak manusia sebelumya. Ada juga yang mereka berpelajaran tinggi! dek desakan kewangan serta jumlan PTPTN yang asalnya mencukupi,namun dirasakan tidak mencukupi untuk menampung sara hidup mereka di IPT,mereka sanggup melakukan perkara sebegitu.

     Bagi bapa serta mak ikan,mesti mereka puas kerana berjaya memiliki 'seluruh' tubuh anak ikannya serta boleh membawanya berjalan-jalan bershopping serta pernah ajak anak ikannya ke luar negara walau mereka biasanya sudah berkahwin dan mempunyai anak kandung. Duit itu bukannya menjadi masalah mereka yang bekerjaya tinggi ataupun mendapat nafkah dari suami mereka,namun dilaburkan wang itu ke jalan sia-sia.

Bagi bapa serta mak ayam pula,mereka mesti puas kerana memperoleh duit yang banyak hasil 'tugas' anak-anak mereka yang biasanya lebih daripada 10 orang anak ayam. Biasanya mereka je yang dapat duit lebih walaupun kerjanya mengarahkan serta mengagihkan 'tugas' anak mereka bersama pelanggan yang sangap,manakala anak ayam mereka cuma dapat sebahagian kecil wang tapi masih berbaloi bagi mereka. Bagi mereka,kepuasan seksual itu bukan menjadi perkara pokok,cuma kepuasan memperoleh banyak wang serta mampu hidup mewah serta mampu pergi shopping itulah apa yang diharapkan oleh mereka.

     Apa yang nak disimpulkan disini ialah dengan 3 perkara. Pertama,jika menghadapi masalah kewangan terutamanya dari segi pendidikan,bolehla meminta sedikit wang untuk digunakan membeli hal yang penting saja daripada kawan,mereka sedia membantu,asalkan banyar balik. Lagi satu,duit PTPTN atau biasiswa bukannya wang yang diberikan untuk enjoy-enjoy,beli handset yang canggih-canggih,shopping sakan je,jangan lupa tujuan kita mendapat wang itu untuk digunakan menyara hidup kita di kampus serta membeli barang yang dirasakan perlu saja.

     Kedua, bagi mereka yang mendapat pelawaan untuk menjadi anak tiri anak ayam atau anak ikan sekalipun, tolaklah dengan rela hati dan tegas. walaupun kita bakal diberikan kemewahan yang diberi tanpa perlu usaha dengan gigih (terutama sekali anak ikan), kemewahan itu cuma bersifat sementara saja, malah kemewahan ini juga bakal memakan diri kita,contohnya duit yang dibelanjakan tidak berkat serta mungkin mereka yang terjebak dalam industri pela***an ini,kemungkinan besar akan ditangkap oleh pihak berkuasa. MESTI malu punya kalau mak ayah kita kalau tahu anaknya menjadi anak ayam.
 
  Ketiga, segala tindakan kita perlulah ingat kepada Allah. Jangan lupa sembahyang lima waktu serta amalkan perbuatan amar makruf nahi mungkar, Insya-Allah,kita boleh terlepas daripada terlibat dalam gejala ini. Ingat kat mak ayah kita juga...kesian pada mereka kalau mereka dapat tahu...  


Then tiba masa pulak komen dari blog deathnota. 


anak ikan ni boleh dikenali sebagai "ga*boy" jadi pemuas nafsu si bapa ikan (mengikut apa yang aku baca). Segala ciri-ciri yang Nas-Letter bagi tadi pulak memang boleh diguna pakai. Tetapi jangan kita buruk sangka. Mulut manusia memang tak pernah tutup, main taram ja. Kadang- kadang kita rapat dengan orang yang lebih "tua" kita pergi makan dengan dia kat mana-mana jadi "anak angkat" dia. Kebetulan kita pula ada wajah berupa model..seperti mana anas cakap tadi.. tak pasal2 kita dituduh "anak ikan", "ga*boy" dan sebagainya.. (ingat Tuhan lihat perbuatan kita).

kesimpulannya dari Deathnota. Jangan la kita buruk sangka kat orang. Mungkin orang yang kita tuduh tu lebih baik dari kita.. Tuduhan tanpa bukti memang tak boleh diterima. sekiranya kita ada buruk sangka kat seseorang lebih baik tanya orang tu terus cari bukti.. :)

tapi ingat sekiranya seseorang tu pelik macam "pegang2 tangan" sesaje sambil jalan gi shopping..jantina pulak sama "Sah G*Y".

Sekian..
Wassalam


 

Betapa Rasulullah Sayangkan Umatnya | Video

Assalamualaikum...
more update, malam ni.. tengah lepak-lepak review komen-komen kat Wall@facebook..
ternampak satu Video ni. Sedih sangat katanya.. jadi aku pun tonton la dalam berapa minit.. memang sedih.

mari la luangkan masa untuk menonton video ni. Mungkin boleh membuka hati-hati korang yang sedang gelap, hanyut dalam kehidupan dunia.

dunia ni tak lama saudara-saudari sekalian, amat fana.. penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan..



semoga kita bersama2 dapat mencapai kejayaan di Dunia dan Akhirat


Asal - Usul Perayaan Halloween

Hanya sekadar berkongsi ilmu tentang perayaan ini. Lama tak update blog ni, dan dalam entri ini aku nak berkongsi tentang halloween. Bukanlah penting sangat tapi hanya sekadar bahan bacaan. Ramai jugak orang yang tak tahu halloween ni natang ape..kan.? so just read.




Halloween atau Hallowe’en adalah tradisi perayaan malam tanggal 31 Oktober, dan terutama dirayakan di  Amerika Syarikat. Tradisi ini berasal dari Irlandia, dan dibawa oleh orang Irlandia yang beremigrasi ke Amerika Utara. Halloween dirayakan anak-anak dengan memakai kostum seram, dan datang dari pintu ke pintu rumah jiran tetangga meminta  coklat sambil berkata "Trick or treat!" Ucapan tersebut adalah semacam "ancaman" yang berarti "Melayan atau Kami Menipu (memperbodohkan) ." Di zaman sekarang, anak-anak biasanya tidak lagi memperbodohkan rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebagian anak-anak masih memperbodohkan rumah orang yang kedekut dengan cara menghiasi pohon di depan rumah mereka dengan tisu tandas  atau menconteng tingkap tuan rumah dengan sabun.
Halloween identiti dengan setan, penyihir, hantu goblin dan makhluk-makhluk menyeramkan dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghias rumah dan pusat perbelanjaan dengan simbol-simbol Halloween.

sumber dan bacaan selanjutnya

http://id.wikipedia.org/wiki/Halloween

Petua | Killing The Pimple


Jerawat...Argh!!!
Entri hari ni tentang jerawat@pimple. Jerawat secara ringkas adalah bintik-bintik kat muka yang merosakkan imej seseorang dan boleh menyebabkan wajah seseorang kelihatan buruk.
ni ada sedikit petua, x-death nak kasi kepada pengunjung blog..petua ni x-death google je.. jadi nak share la ye..banyak nak bagi ni...
sape yang takde masalah jerawat ni pun..boleh baca sebab ada tips penjagaan wajah..free je.



TIP
1. Mencuci wajah 2 kali sehari

Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda

Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. sebisa mungkin hindari kosmetik yang berminyak.

secara alami wajah kita akan menmproduksi minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebisa mungkin hindarilah hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan karena minyak dan debu akan menjadi media bakteri penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

4. Keringkan wajah kita dengan handuk yang bersih setelah cuci muka atau mandi, karena bakteri juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

5. Minum air putih

Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.

6. gunakan pelembab kulit

Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan berarti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.

7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.

Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.

8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.

sayur2an mengandung banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

9. Tidur yang cukup dan teratur.

Kulit juga sama seperti kita, butuh istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Karena saat kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kebali segar.

PETUA UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Petua no.9 aku tengah cuba.. Gaulkan Tepung Kanji@ Tepung UBI dengan Air ASam Jawa.. Waktu malam gunakan sebagai MASKER. 



korang jugak boleh mencuci muka dengan "PUCUK DAUN JAMBU" Ternyata jerawat korang akan hilang..
atau senang sangat beli je produk RM11 kat kedai2 macam Clean& Clear Acne Cleans..JANGAN SENTUH MUKA KALAU TANGAN BERMINYAK, JERAWAT SENSITIF PADA MINYAK.



Oxy aku tak pernah try..teringin jugak nak try.. tengok la dulu..hihi.
"sorry le abg anep, tak sempat nak update tentang internet kat henpon tu..panjang sangat, lagipun ade langkah yang susah..". sorry ler





Menghindari Riak

Assalamualaikum...sesi tazkirah pulak...saje nak berkongsi..samalah2 memperbaiki diri.



Sebelum meneruskan topiknya, ada satu cerita yang ingin dikongsikan di sini.

Kononnya pada satu masa (bila-bila pun yang anda mahukan, zaman dahulu ke sekarang ke atau masa depan pun tak kisah) terdapat seorang hamba Allah yang amat bijak dan memiliki ilmu (apa-apa ilmu pun tak kisah - anda sendiri tentukan) yang amat tinggi. Disebabkan kebijaksanaannya, dia menjadi rujukan seluruh umat manusia. Kerana itu mula timbul riak di hatinya. Dia mula takbur dan mula meletakkan harga yang teramat tinggi atas khidmat nasihat yang diberikan.

Pada suatu hari, datang seorang tua yang memiliki masalah lalu bertanya kepada ilmuwan tersebut. Dengan perasaan egonya, ilmuwan tersebut meletakkan harga yang begitu tinggi sehinggakan orang tua tersebuttidak mampu untuk membayarnya. Walaupun memerlukan penjelasan dan amat mengharapkan bantuan tetapi ilmuwan tersebut dengan egonya menolak untuk memberikan bantuan. Akhirnya dengan perasaan sedih, orang tua itu beredar - tanpa mendapat jawapan yang sewajarnya dari ilmuwan tadi.



Setelah orang tua itu beredar, ilmuwan tersebut dengan senyum berkata kepada dirinya sendiri... "Ah! soalan yang ditanyakan terlalu mudah untuk dijawab. Langsung tak mencabar mindaku. Hahahaha. Sedangkan apa yang perlu dilakukan hanyalah......."

Tiba-tiba lelaki tersebut terhenti dan terpinga-pinga. Sedangkan baru sedetik tadi dia tahu apa yang perlu dilakukan tetapi sekarang segalanya seolah-olah hilang begitu sahaja tanpa dia mampu mencari jawapannya. Lelaki tersebut hairan. Dia kembali membelek lembaran buku yang dimilikinya tetapi seolah-olah satu keajaiban, ilmu yang berkaitan dengan soalah orang tua tadi ghaib. Seolah-olah ilmu tersebut memang tidak wujud.

Termenunglah lelaki itu seraya berfikir..... terus berfikir mencari jawapan kepada persoalan orang tua tadi......



Kadang-kadang kita, secara tidak sedar, merasa riak dan takbur dengan ilmu yang kita ada. Memiliki lebih banyak ilmu dari orang lain akan menyebabkan kita bangga diri dan tidak sedar bahawa kita telah riak dengan apa yang kita miliki.

Tapi benarkan segala ilmu itu milik kita? Sudah semestinya tidak. Semua ilmu yang ada sebenarnya masih milik Allah dan selamanya milik Allah. Kita sekadar diamanahkan untuk menyebarkan ilmu tersebut (ilmu yang baik) agar dapat dimanfaatkan oleh sekalian umat. Atau juga sekadar untuk pengetahuan (ilmu yang buruk) agar dapat kita jadikan sempadan.

Tapi sering kita lupa sehinggakan kita riak dan takbur dalam memiliki ilmu. Kita sombong dan juga lokek (yang tidak bertempat) dalam menyebarkan ilmu. Kita lupa bahawa ilmu yang kita miliki masih tetap milik Allah dan atas rahmatNya kita memiliki ilmu tersebut. Dan atas rahmatNya juga kita tetap memiliki ilmu tersebut.

Sekiranya atas rahmatNya kita memiliki ilmu tersebut, sudah pasti sekiranya Allah menghendaki, dia mampu untuk menarik kembali ilmu tersebut baik dengan kita sedar atau tidak. Berpegang dengan kalimah "kun fa yakun", ingatlah bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja ke atas ilmu yang di"pinjam"kan kepada kita.

Menghindari riak

Sebenarnya mudah sekiranya kita menghendakinya. Sesungguhnya kekuasaan Allah Maha Luas. Manusia dianugerahkan akal untuk berfikir dan ini merupakan rahmat darinya kepada kita. Sekiranya kita mengingati dan berpegang dengan itu, kita sepatutnya menyedari bahawa kita tidak memiliki apa-apa pun dalam dunia ini. Ini termasuklah ilmu yang kita miliki (kononnya). Jadi wajarkah kita memiliki perasaan riak dan takbur atas ilmu yang kita pinjam itu?

Sama-sama kita renungkan dan bermuhasabah diri. Apakah kita tergolong dalam lingkungan orang yang riak ini? Nauzubillahi min zalik....

Semoga kita sama-sama mendapat rahmat serta keberkatan. Amin.

--------------------------------------------------------------------------------
Perlu dijelaskan di sini bahawa dalam bahagian

Kita sombong dan juga lokek (yang tidak bertempat) dalam menyebarkan ilmu.

masih memerlukan penjelasan lanjut lagi. Itu amat penting sebenarnya kerana dalam menuntut ilmu, kita tak patut mengatakan orang lain lokek ilmu. Yang perlu kita ingat ialah adab dalam menuntut ilmu. Itu topik lain. Dalam kes mengatakan orang lain lokek ilmu pulak, adalah tidak wajar sekiranya kita ingin menuntut ilmu dengan seseorang tetapi belum apa-apa kita dah mula mengatakan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Bagaimana nanti sekiranya dia menurunkan ilmunya kepada kita? Apakah kita mampu beroleh berkah atas ilmu yang diperturunkan kepada kita nanti?

Sebaiknya jangan buruk sangka ke atas orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. kerana kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Penting sekali, terima apa yang berlaku dengan hati terbuka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas apa yang dilakukan. Setiap sesuatu itu berlaku ada sebabnya dan hanya Allah yang tahu. Jangan terus menuduh atau menghina, mengata dan lain2. Sesungguhnya perkara tersebut, walaupun nampak sekecil2 peristiwa, sebenarnya boleh sahaja menimbulkan fitnah dan seterusnya mengakibatkan pelbagai dosa besar yang secara rela atau tidak, terpaksa ditanggung oleh orang yang pertama sekali mengeluarkan kata-kata tersebut.

Dengan kata lain, awasi setiap perkataan yang diluahkan baik melalui mulut atau apa-apa pun medium yang boleh difahami oleh orang lain kerana sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Dosa kepada Allah dapat kita terus bertaubat dan memohon keampunan darinya tetapi dosa kepada orang lain, sehingga diampunkan olehnya, kita akan terus menanggung dosa tersebut.

Waalahualam... mohon diperbetulkan mana yang salah. Agar dapat dimanfaatkan bersama.

Credit : Tikus

Cuba Cara Hipnosis dan Rahsia Kejayaan


Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni ialah tentang  hipnosis... bila aku cakap hipnosis terbayang dalam otak korang yang hipnosis ni Pukau.. yup, memang pukau.. tapi tidak melibatkan mana-mana pengaruh makhluk lain seperti Jin. Kalau yang dekat luar tu, selalu kita dengar orang hilang duit, hilang barang kemas.. dalam sekelip mata je.. melalui sesuatu kaedah seperti sentuh,tenung..yang tu mungkin melibatkan pengaruh makhluk ghaib.



aku nak ceritakan pengalaman aku dalam bidang hipnosis ni. Sebenarnya aku bukanlah seorang pakar hipnosis. Aku cuma test hipnosis, baru mula semalam..aku try hipnosis adik aku..memang menjadi. Yang korang perlukan hanyalah keyakinan antara (pesakit) dan Penghipnosis dan sedikit ayat yang memukau.

macam mana hipnosis boleh terjadi..? kalau ikut pemahaman aku, hipnosis satu kejadian yang dipengaruhi oleh sesuatu ayat. Sebenarnya otak kita ada tiga peringkat.. aku tak ingat la, dulu pernah baca..dalam keadaan tidur kita ada 3 peringkat iaitu SEDAR,SEPARA SEDAH,BAWAH SEDAR. Kalau dalam istilah sains ia dipanggil peringkat tetha dan sebagainya.

korang boleh test, seorang penghipnosis untuk menjadi pakar hipnosis memerlukan kemahiran membuat ayat dan meyakinkan si pesakit. baiklah mula-mula macam ni, korang tempatkan pesakit tadi di satu tempat yang tenang, sunyi...dan suruh fokus pada apa yang akan korang cakapkan, dan ayat yang akan korang cakapkan tiada perkataan Emmm, eh.... ayat korang perlu terus menerus. sebelum mulakan hipnosis. korang perlu suruh pesakit tadi tarik nafas dan duduk dalam keadaan yang selesa.

contoh ayat.


Sekarang Fokus pada apa yang saya akan cakap pada anda.. fokus,fokus,fokus..dan terus fokus..dan sekarang, anda akan menjadi tenang,tenang, tenang dan selesa..
pengulangan perkataan Fokus,Tenang dan selesa..perlu diulang.

Sesuatu perkataan itu adalah satu doa.. Apa yang ada disekeliling kita, apa yang kita dengar akan dilakukan oleh kita secara langsung ataupun tidak langsung.. pernah lihat buku kat bawah ni..?

bukan nak promosi atau apa..  aku pernah baca buku ni..tak silap aku ada buku ni bagitahu camni..Apa resepi sesuatu kejayaan..? "Jauhkan dari perkatan Dan Orang yang berfikiran Negatif", Dan dekatkan diri dengan orang yang berfikiran Positif dan Bercakap perkataan yang positif" sebab orang yang berfikiran dan bercakap perkara negatif dapat mempengaruhi korang..kadang2 minda separa sedar kita akan aktif dan perkataan negatif tadi akan lekat dalam diri kita..dan kita akan melakukan perkara negatif tadi..begitu juga sebaliknya..

berbalik kepada topik hipnosis tadi.. kesimpulannya, seseorang boleh dipengaruhi oleh apa yang selalu diucapkan  padanya..

baiklah korang teruskan sesi hipnosis tadi..gunakan perkataan ni berulang kali..

dalam kiraan 1,2,3 anda akan merasa semakin mengantuk dan terus mengantuk, mengantuk, mengantuk dan terus mengantuk..
terus melakukan kiraan 1,2,3.. sambil diselangselikan dengan perkataan mengantuk, akhir sekali  korang cakap kat pesakit

adakah anda merasa mengantuk? jika mengantuk sila angkat tangan anda.. dan dalam kiraan 1 sampai 5... anda akan tertidur, anda akan tertidur...tertidur dan terus tertidur tetapi anda masih mendengar apa yang akan dicakapkan pada anda..

untuk melihat sama ada sesi hipnosis korang menjadi, korang suruh pesakit akan tangan kanan atau kiri sampai paras dada.. dan tanya sekiranya dia masih posisi tidur..

sekiranya anda masih dalam posisi tidur, sila angkat tangan kanan...angkat tangan kanan, angkat tangan kanan..

untuk sedarkan pesakit mudah, korang cuma perlu tepuk atau kejutkan pesakit..dan bertanya sekiranya pesakit sedar atau tidak ketika angkat tangan kanan tadi..sekiranya pesakit kata Tak sedar, Atau Tak ingat... Tahniah.. Hipnosis korang menjadi..tetapi korang perlu lebih banyak latihan...yang penting ayat untuk menghipnosis seorang pesakit tidak tersekat-sekat..

oklah..takat ni je aku boleh tulis...saje nak berkongsi pengalaman..best jugak menghipnosis ni..selamat mencuba..

Gecko Oh Gecko..

aisehmen...Gecko oh gecko.. yang atas ni spesies tokay gecko.
aku dah jumpa sekor..tapi kecik lagi la..still dalam proses pembelaan.. warna coklat bintik hitam.. tak sampai 50gm lagi kot.. so can't jual lagi..


hari tu sekali terperangkap cicak jenis LEOPARD GECKO.. mata kuning ada kuku.. ekor dia besar..badan je macam cicak rumah kaler kelabu... disebabkan aku ni bukan pakar cicak..aku lepaskan balik.

benda ni dah lama..dah hampir 5-6 bulan dah..hari tu ada kawan kasi link..tentang cicak harga jutaan..aku ingat takderla spesies ni kat rumah aku.. aku buat tak tahu ajela.then ada pulak.. tapi jenis kecik je la.. rumah dekat hutan tu yang ada tu..

sekarang orang kampung tengah heboh...diorang panggil natang ni Pok'ke..sebab bunyi dia...Pok...pok ke.. kalau cari takpe..tapi heboh je lebih..adeh.

ok la..sje melepaskan perasaan yang entah tepahape ni... chow dulu










Maxis | FaceBook IM Java App for Mobile


Selesai paper B. arab, payah ar jugak...hampir pecah pale waktu soalan  "kawwin".. bina ayat kat gambar tu. Straight to the topic. aku nak perkenalkan kat korang beberapa aplikasi java yang boleh digunakan untuk Posting aku yang lepas Maxis|Free surfing trick.





Shmassenger


fungsi aplikasi ni adalah korang boleh bukak macam-macam jenis IM.. macam Gtalk,Yahoo massenger, FacebookIM..malah 2 Akaun sekaligus..dan korang boleh gunakan pelbagai jenis smiley sama seperti IM sebenar tapi terlebih dahulu korang kena Register kat website Shmessenger (takyah bayar,Free..) sebab nanti korang akan perlukan akaun shmessenger sebelum korang mula login akaun IM korang. Dan app ni support Socket..jadi korang boleh online bila-bila masa di mana jua..termasuk dalam toilet.

mungkin kat luar sana masih banyak lagi jenis IM yang berfungsi macam kat atas ni..tapi bagi aku Shmessenger la yang terbaik.


Boleh download melalui link kat bawah ni..

>>Saya Nak Download Shmessenger

kalau ade mase aku update lagi..untuk korang.

 


Maxis| The Free Surfing Trick

Salam, bertemu lagi..aku update 2 post malam ni...sebab terlampau boring sambil teringin nak tingkatkan trafik blog aku.. and then sambil tu ngah kumpul pitih, Pc aku lingkup setelah aku menjadikan pc aku bahan ujikaji..mula2 bajet..berlagak macam pc teknikal..last2 padam.. dah check ram..semua.. lagi satu gua nak tambah graphic card..





straight to the topic..
biasa tengok orang guna internet free kan..? how..? bila kita tanya orang tu.. "opera mini la bro..'' wth..? dia kasi tau opera mini je kan.. kedekut gilek.. hidup mesti berkongsi, sharing is caring..kecuali kongsi bini la bro..
ape perlu korang ada untuk buat free surfing trick ni..?

yang korang perlukan hanyalah Sebiji Handphone dan Sim Card MAXIS..yang support Wap,3G atau GPRS connection... dan Opera Mini 5.1 atau browser lain yang support Socket connection kat hp korang..sorry, Nokia 3310 tak leh buat...aku guna w550i so aku buat kat w550i aku je..kalau opera mini kat w550i..dia punya platform JAVA..yang tak support JAVA korang gi la cari Opera Mini yang support ngan hp korang.

firstly, check connection korang..test default browser..kalau browser korang boleh capai laman wap wap.maxis.com.my, bermakna connection korang OK!!.. dan boleh diteruskan..

Install Opera Mini dulu..korang boleh gunakan hp korang untuk download..dengan settingkan..Mobile Internet kat *100# dan akan dicajkan RM2.00 untuk sejam..100MB. ataupun terus Muat turun melalui desktop PC korang dan terus transfer opmin melalui USB cable..Pastu terus install dalam Handphone korang..


kalau guna Opera mini 5.. tak perlu dah setting socket..sebab dia dah memang setting socket... yang perlu korang buat cuma buat camni..

HOW TO..?
Dail *100#
Mobile Internet
Prepaid Broadband
Switch Setting
Switch to Prepaid Broadband

tak silap aku la...

dan tunggu mesej...

kalau berjaya, dia akan tukaran sim Apn korang ke = bbnet..dan korang perlu buka opera mini..dan tunggu opera mini tu untuk loading..kalau dia ada keluar error dan mesej tak sampai kat korang... try tutup then bukak bateri handphone..then turn on balik..macam biasa dan try balik langkah tadi..


tak semua handphone yang support buat natang jadah ni..dan free surfing ni adalah kecuaian pihak maxis sendiri yang masih tak patch dia punya perkhidmatan broadband..selain itu,
banyak lagi jenis browser yang boleh korang guna, seperti Bolt..ok la..penat taip..kita jumpa  lagi dalam topik seterusnya..dalam

MAXIS| Java App for Your mobile..

p/s : untuk Sony Ericcson F305, reply kat bawah ni..nanti aku reply balik..n tell cara dia camna..
ape2 hal pun..
MAXIS IS THE BEST..WE LOVE MAXIS...

Rembat!! Rembat!! Iphone 3G Percuma!!

Di kesempatan ini, sebelum aku menghadapi killer subject Mathematic untuk esok..aku nak tinggalkan sedikit wasiat kepada blogger-blogger sekalian..

               jeng...jeng...jeng



cun dan kiut- miut tak iphone di atas..? aku berharap sangat dapat satu..second pun jadi la..asalkan takder rosak..
tadi walked kat blog gempakzsiot , skodeng kat shoutbox dia...nampak orang menjerit "Jalan - jalan jom rembat iphone free "



aku klik la kat si blur tu... keluar pulak banner kat bawah ni..



kad kahwin
Kad Kahwin



nak tahu cara untuk dapatkan secara percuma..? just korang letakkan banner seperti di atas ke dalam blog korang... takpun klik je kat banner tu..untuk info selanjutnya...

wassalam..



Video Dajal Dan Code Untuk Embed

Assalamualaikum..


lega dah usai dah jawab paper PMR (boleh aku on9 semula)..tapi bukan semua paper..Alhamdulillah paper pun takder la susah sangat..kalau paper susah graf PMR mesti turun..tapi kali ni paper senang cuma kertas sains tadi pening sikit..Graf PMR pun naik da..maksudnya 70 mark ke atas tak "A" lagi..jadi kena 80 mark ke atas baru "A"..




terus kepada tajuk.. aku on9 dan menulis hari ni pun cuma nak kasi embed kod untuk kawan2 blogger di luar sana..

copy and post dalam blog korang kod ni..maaf cara pengambilan kod ni dirahsiakan..hehe


<object height="300" width="500"><param name="allowfullscreen" value="true" />
<param name="allowscriptaccess" value="always" />
<param name="movie" value="http://www.facebook.com/v/129400850445531" />
<embed src="http://www.facebook.com/v/129400850445531" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="300"></embed></object>

kalau ade yang baik hati nak Re"upload"..boleh download dengan gunakan Internet Download Manager.. Mana mau cari..? tulis je kat google.com - IDM5.19 Mediafire+4Shared Download...pastu ada la link untuk download IDM tu..then upload le kat mana2 yang korang suka..

Wish Me Luck in PMR..Doakan 9A untuk Aku...Ameen..





Membongkar Propaganda Dajal| Video

Assalamualaikum...

video ni akan membongkar segala penipuan yang telah dilakukan oleh DAJAL-DAJAL akhir zaman...Aku harap, anda2 di luar sana dapat meluangkan sedikit masa dalam 20minit untuk menonton video ni...Masya'Allah banyak rahsia dah terbongkar...mungkin inilah tanda2 kebangkitan islam... dan ada jugak desas desus atau  khabar angin yang mengatakan Imam Al-Mahdi dah pun muncul..Wallahua'lam..

Sumber video adalah dari Blog brofat.blogspot.com dan telah ditutup..itu menandakan ada pihak yang sakit hati dengan penyebaran video ni..dan video ni telah dipetik semula dari blog http://www.salafus-sholih.blogspot.com/

Saksikanlah..




dah tonton..?
harap anda menonton video di atas..dan semoga anda Menerima Hidayah Dari Allah....





Ketagih Internet Sama Macam Ketagih Rokok

"feels like two years i'am not update this blog"...kata-kata seorang penagih internet
Aku tak boleh menipu diri aku sendiri dan orang lain. Sebenarnya aku juga adalah seorang penagih internet yang tegar. Ketagihan internet ni mungkin boleh disamakan dengan ketagihan "Rokok". Bayangkanlah..bila cuba nak berhenti tetap tak boleh...sama jugak macam seorang perokok tegar..tapi aku bukan seorang perokok.. dan aku hanya mendengar dari pengalaman orang yang merokok.

sebenarnya banyak jenis ketagihan dalam topik ni..sama la kan macam Rokok... ada orang suka spam rokok DJ(seludup), Dunhill, Sampoerna, Winston, ASTRO..blablabla...dan sebagainya.. dan ketagihan internet jugak boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori..antaranya..


1.Ketagih laman Web Sosial seperti facebook.com dan forum2
keinginan yang kuat untuk bersembang.
2.Ketagih dengan laman web video seperti www.youtube.com
keinginan yang kuat untuk menonton video2
3.Ketagih dengan laman web yang berunsurkan pornografi seperti **********
keninginan yang kuat untuk melayari laman web lucah
4.Ketagih dengan Permainan Online
Keinginan yang kuat untuk bermain dengan permainan yang penuh dengan imaginasi

5.Ketagih dengan ruang-ruang sembang Ymessenger, GTalk, Fbchat..
Keinginan yang kuat untuk berhubung dengan orang yang jauh..

Tidak dinafikan, memang ramai orang suka bersembang..termasuklah empunya blog deathnota ni..
Mak cakap : kamu ni man, jangan la asyik dengan komputer tu...takde apekebendanya dalam internet tu..banyak keburukan dari kebaikan..
Man : Ala mak, mak bukan tau pun..mak orang zaman 50an bukan tau ape2..sebenarnya mak banyak kebaikan dalam internet ni, mak boleh chatting..dan boleh menimba banyak ilmu pengetahuan dari internet ni.


bagi aku la, internet adalah satu kemudahan yang berguna untuk untuk menimba ilmu...tapi sebenarnya dari 100% yang boleh digunakan untuk menimba ilmu..aku cuma gunakan 30% untuk menimba ilmu, maksudnya ada masalah sikit aku tanya google.com..yang selebihnya..paham2 je la..

ni aku ambil petikan sikit
Kebimbangan mengenai penggunaan Internet secara keterlaluan sehingga mencapai tahap ketagihan bukan masalah terpencil, malah pengkaji psikologi di Barat menganggap ia adalah masalah sejagat yang harus di ambil perhatian.

Pada Mac tahun lalu, pakar psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan misalnya, dalam satu kajian mengenai ketagihan Internet, kerajaan negara tersebut telah menganggap masalah ketagihan Internet sebagai isu kesihatan awam yang paling serius selepas berlakunya beberapa siri kematian di kafe Internet dan pembunuhan membabitkan permainan komputer.

Berdasarkan data yang diperoleh pada 2006, Korea Selatan menganggarkan kira-kira 210,000 kanak-kanak di negara tersebut yang berumur di antara enam dan 19 tahun menghadapi masalah ketagihan Internet dengan 80 peratus daripadanya memerlukan rawatan psikotropik dan 20 hingga 24 peratus lagi perlu dimasukkan ke hospital.

Bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaan Korea Selatan pada Jun 2007 telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

China alami masalah yang sama

Pada 2007, Kerajaan China telah mengehadkan permainan komputer setelah mendapati kira-kira 10 juta kanak-kanak di negara tersebut didiagnosis mengalami ketagihan Internet.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet.

Persoalannya, apakah pengguna Internet di Malaysia terlepas daripada masalah ketagihan Internet?

Mungkin ada pihak yang perlu tampil dengan data terperinci mengenai masalah ini sebelum ia terlambat untuk ditangani kerana punca kepada permasalahan ini sememangnya berada di depan mata kita.

Kafe-kafe Internet boleh dilihat tumbuh bak cendawan selepas hujan dan mungkin ada yang tidak mempunyai lesen yang sah menunjukkan sambutan mengalakkan daripada pengguna remaja.

Malah, penggunaan Internet untuk urusan peribadi dan hiburan pada waktu pejabat dan melayari Internet di rumah tanpa kawalan ibu bapa boleh menjadi penyebab kepada masalah ketagihan Internet di Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan Internet? Ketagihan Internet secara dasarnya bermaksud penggunaan komputer yang keterlaluan dan berlebihan baik secara online atau offline.

Jika anda sebagai pengguna Internet mempunyai gejala seperti menggunakan komputer yang berlebihan sehingga meminggirkan hal-hal asas yang lain, merasa marah, tertekan dan murung apabila tidak dapat menggunakan komputer atau Internet dan begitu taksub terhadap penggunaan komputer sehingga ghairah untuk mendapatkan perkakasan dan perisian terkini yang ada di pasaran dan sering bertelingkah, menipu, mengasingkan diri daripada masyarakat dan keletihan, maka anda sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ketagihan Internet.

Pengguna tegar

Mungkin ada pengguna Internet tegar yang tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memiliki gejala-gejala tersebut mereka sudah boleh dikategorikan sebagai penagih Internet.

Malah sewaktu Dr. Jerald Block mengutarakan pendapatnya mengenai ketagihan Internet sebagai satu masalah mental, sesetengah pengguna Internet tegar di seluruh dunia tidak bersetuju dan menempelak kenyataan tersebut.

Mungkin benar bagi pengguna Internet tegar ini ketagihan internet bukanlah sesuatu yang negatif tetapi sebaliknya bagi golongan kanak-kanak, pelajar, pekerja, suami atau isteri, ketagihan internet boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Jika masalah ketagihan internet di China dan Korea Selatan dijadikan panduan, jelas wujud beberapa persamaan yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini di kalangan pengguna Internet di Malaysia.

Antaranya, ialah kewujudan kafe-kafe Internet yang beroperasi tanpa lesen dan tidak mengikut peraturan yang menjadi tumpuan para pelajar untuk bermain permainan komputer atau melayari Internet.

Jika tindakan tegas tidak diambil ke atas kafe-kafe Internet sebegini, kecenderungan para pelajar menghabiskan masa bermain permainan komputer dan melayari internet boleh menjadi pemupuk kepada ketagihan internet.

Malah isu pelajar poteng sekolah dan menghabiskan masa di kafe Internet bukanlah sesuatu yang asing di negara ini.

Menghabiskan masa bermain permainan komputer atau melayari Internet untuk bersembang, menghantar e-mel dan melayar laman-laman web rangkaian sosial seperti Friendster, MySpace atau Facebook, perjudian atau pornografi tanpa mengira masa memang memudaratkan apatah lagi bagi pekerja-pekerja dan mereka yang sudah berumah tangga.

Bayangkanlah jika suami atau isteri yang banyak menghabiskan masa Internet untuk bersembang, e-mel dan melayari laman-laman web pornografi atau judi, maka tidak mustahil ketagihan tersebut boleh mencetuskan konflik di dalam rumah tangga.

Malah dewasa ini bukanlah asing bagi kita mendengar keruntuhan institusi kekeluargaan akibat pengabaian tanggungjawab, kecurangan dan keganasan domestik ekoran daripada ketagihan internet.

Ketagihan Internet bukan sahaja memberi impak negatif kepada kehidupan pengguna-pengguna Internet tersebut malah mendedahkan mereka kepada kerentanan terhadap jenayah-jenayah siber seperti serangan virus komputer, kecurian identiti, buli dan peras ugut yang semakin berleluasa.
scofield : senang jak mok hilangkan ketagihan internet obrey..hantar jak org tagih internet tggl dlm hutan atau gua yg tiada kemudahan langsung...hehehee

yang ni aku setuju, letak je duduk dalam gua.. mesti dia tak ketagih dah..rilek2.. jangan risau, ada cara lain...baca kat bawah ni pulak..


Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dan langkah berikut boleh lah diberi perhatian:
1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan


http://intim.wordpress.com/2008/05/25/strategi-mengelakkan-ketagihan-internet/

sekuranya-kurangnya..aku tak la rasa sampai nak mati kalau tak dapat internet...
semoga berjaya...melepaskan ketagihan rokok dan internet anda...bwahahahahahaha

Maher Zain Vs Malay Song

Best rupenyer lagu beliau...teramat best dan memberi semangat kepada aku...tambah2 lagu yang berjudul "Insha'Allah"..terpukau jugak dengan lirik dia..sebab amat bermakna..kalau lagu Melayu sekarang dah teruk, jadi aku bertukar kepada lagu Maher Zain pulak..lirik dia amat mendalam tak seperti lirik lagu-lagu Melayu/indon yang merapu2...meluat aku dengar



Biodata beliau



Maher’s first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the beautiful Mediterranean city of Tripoli – Lebanon. Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher’s world.

The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same – his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. It didn’t take him long to realize that music became an integral part of who he is.

After being involved for a while in the music scene in Sweden as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a gifted music producer who was fast rising in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne with Swedish artists, and later moved with him to New York. For a few years he was in the middle of the hot rush of the NY music industry, working with chart topping artists such as Kat Deluna on her debut album which included smash hits ‘Whine up’ and ‘Run the Show’.

Maher had what many would describe as a dream job for someone so young in such a glamorous business, but for Maher it felt like this was far from what he would call ‘the dream’, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”. RedOne was on the verge of breaking into the big time, going on to work with artists like Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block, and Michael Jackson to mention just a few, and becoming one of the most sought-after music producers in the world. Maher however was restless and eventually decided that the music industry and all that surrounded wasn’t the right place for him and he returned to Sweden. It wasn’t until he met a group of brothers who were active in the Islamic community in Stockholm and he started regularly attending his local mosque that he felt like he’d reached ‘home’.

Maher feels blessed to able to finally find the right way, and feels like it’s his turn now to help others through his music to do the same: “If I had one thing I’d like to tell people out there it would be that it’s so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that’s what happened to me.”




Best kan..
tak best tu..mungkin jiwa dia bukan jiwa islamic...jiwa Indi takpun hindi..

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..

Mari Download Lagu Raya

Assalamualaikum...

dah berapa hari dah kita puasa..? pejam celik pejam celik..dah hampir berbelas hari...mesti ramai yang dah buat persiapan kan..untuk berhari raya bersama keluarga di hari yang mulia...Hari raya..lalalal.

jadi nak kongsi sikit link2 yang boleh korang gunakan untuk Muat Turun lagu raya secara PERCUMA!!!...ye..kalau boleh kasi le sikit duit raya..

dengan klik kat iklan NUFFNANG tu..kat sebelah kiri korang tu la..haha

Baca seterusnya untuk link..


Klik Kat Bawah ni untuk muat turun..just Mediafire Link..

LAGU RAYA KOLEKSI I
LAGU RAYA KOLEKSI II 
LAGU RAYA KOLEKSI III
LAGU RAYA KOLEKSI IV
LAGU RAYA KOLEKSI V 
LAGU RAYA KOLEKSI VI

Gerenti semua lagu dalam link di atas..semua best-best punya...jangan risau dan was-was..untuk muat turun..asalkan Jangan buat Cetak Rompak suda...

Credit to :

http://www.faizalr.com

Duit Raya Slogan Contest Menangi Sehingga RM200


Assalamualaikum...Ahlan wa sahlan..
aku nak ucapkan...
Selamat Berpuasa Dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri..kepada semua rakan blogger dan para pengunjung blogku yang hensem lagi anggun ni..

hari ni ade duit raya free untuk korang..maksud aku,kontes..kontes yang amat mudah dan simple untuk masuk dan menang duit ni..Tajaan Khas Oleh www.cdiqlife.com.. Cara_caranye amat mudah...macam ni..


Tarikh Tutup Pertandingan : 19/9/2010 iaitu seminggu selepas raya..

Untuk sertai..

pergi kat Gmail korang untuk "compose mail" atau tinggalkan komen dekat  www.cdiqlife.com..


Sila "Compose Mail" dalam format berikut..


 klik untuk besarkan imej


Nama: (*Mohamad Fahmi)
Url: (**www.deathnota.blogspot.com)
*NAMA ANDA
**BLOG@Website Anda

dan hantarkan ke  admin@cdiqlife.com
 

Ni aku punye Slogan..Copyright Protected ni..huhu



Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana Saya nak beli sebuah playstation3,sebuah Xbox360, Baju Raya warna pink dan sampul raya untuk rakan-rakan blogger...




 

cukup ke..? hehehe..


Untuk sertai  langkah pertama yang korang perlu lakukan adalah berterima kasih kat aku sebab bagitau tentang kontes ni..Gurau je la.. ni kat bawah ni cara-cara yang diberikan oleh admin cdiqlife.com.

korang perlu lengkapkan Slogan kat bawah ni..

Lengkapkan slogan di bawah dengan idea anda yang paling kreatif!


Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana………………………………….

Contoh:


Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana saya memiliki awek yang kaki shopping. So saya perlukan duet tu untuk tampung permintaan awek saya!


Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana saya suke duet!

Hadiah Idea Kreatif:

* Tempat pertama: RM100
* Tempat kedua: RM30
* Tempat ketiga: RM20
* 2 hadiah saguhati: RM10

Hadiah Blog Referral Terbanyak:

* 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10


Syarat- Syarat kontes..? takde syarat ke..? tak sabar-sabar nak menang duit kan..? hehe..



Syarat-syarat pertandingan:
1) 1 blog 1 penyertaan . So, jika anda ada 100 blog anda bolehlah buat 100 penyertaan. Probability anda nak menang hadiah utama lagi tinggi. Hoho!
2) Tiada had patah perkataan untuk anda gunakan dalam contest ini. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda samada nak tulis slogan panjang mahupun pendek!
3) Subscribe emel anda di newsletter blog ini (boleh rujuk dekat popup bawah blog ini). Sebarang perpindahan/pertukaran syarat atau info terbaru tentang contest ini akan dhantar terus kepada yang subsribe emel. Lepas daftar please confirmkan emel anda dalam inbox. Jika tiada dalam inbox boleh check dekat spam.TQ.
4) Contest ini terbahagi kepada dua-Idea Kreatif dan Blog Referral Terbanyak (akan detect mengguna Google analytics). So jika anda terpilih untuk idea kreatif dan referral terbanyak, anda akan memenangi lebih banyak duit raya daripada saya.hoho!
5) Contest ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Walaupun anda adalah Chinese and Indian pon anda boleh masuk gak. Saya tidak racism!
6) Letakkan banner contest di blog anda (boleh tengok dibawah)
7) Dan yang penting sekali, anda mempunyai blog!
8) Kegagalan anda memenuhi kriteria di atas boleh menyebabkan anda tersingkir daripada memenangi hadiah ditawarkan! So kan lepas nie kot-kot ade yang hantar emel tak puas hati ke apa kan. hoho!

 Segala Kesulitan Amat Dikesali...opss..nanti dulu..

letakkan banner ni kat blog korang, mane la tau kot-kot ade orang cakap blog korang hensem bila letak banner ni...huhu.




untuk selanjutnya layari WWW.CDIQLIFE.COM.

Lelaki Lembut Dan Azab Allah

sekadar gambar hiasan


lelaki lembut dilaknat oleh Allah? saya dibesarkan sejak kecil seperti lelaki, tetapi kerana suasana pembesaran, menjadikan saya lebih bersifat keperempuanan. Iaitu, cara saya bercakap lembut, pergerakan juga lembut. bila remaja, saya mula suka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. saya tertarik dengan lelaki yg hensem dan macho. Pada masa yang sama, saya suka perempuan yang alim dan solehah. Tetapi, nafsu shahwat saya lebih terarah kepada lelaki sehinggalah sekarang. Saya tahu homoseks adalah haram dan dilaknat. Saya mencuba untuk menjauhinya dan Alhamdulillah, sekarang nafsu lebih terkawal.. Tetapi, sukar untuk saya padamkan nafsu sonsang tersebut.. Kadang-kadang mata saya masih melirik kepada lelaki hensem.. Saya cuba tundukkan pandangan mata.


Soalan :

Salam ustaz,

Adakah lelaki lembut dilaknat oleh Allah? saya dibesarkan sejak kecil seperti lelaki, tetapi kerana suasana pembesaran, menjadikan saya lebih bersifat keperempuanan. Iaitu, cara saya bercakap lembut, pergerakan juga lembut. bila remaja, saya mula suka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. saya tertarik dengan lelaki yg hensem dan macho. Pada masa yang sama, saya suka perempuan yang alim dan solehah. Tetapi, nafsu shahwat saya lebih terarah kepada lelaki sehinggalah sekarang. Saya tahu homoseks adalah haram dan dilaknat. Saya mencuba untuk menjauhinya dan Alhamdulillah, sekarang nafsu lebih terkawal.. Tetapi, sukar untuk saya padamkan nafsu sonsang tersebut.. Kadang-kadang mata saya masih melirik kepada lelaki hensem.. Saya cuba tundukkan pandangan mata.

saya berdoa agar saya tidak gay dan saya rasa sedikit sebanyak sudah ada hasilnya. Cuma, untuk mempunyai shahwat dengan perempuan pula agak susah. Bila bercakap dengan wanita idaman saya, nafsu saya tidak terangsang sebagaimana saya melihat lelaki hensem..

Apakah nasihat ustaz? Bagaimana harus saya lupuskan kesemua nafsu songsang ?

Selain itu, walaupun perasaan songsang mula lentur, tetapi sikap keperempuanan saya masih ada. Gaya lembut berjalan dan beraksi, cara percakapan saya. Saya rasa, mungkin sekali bercakap dengan orang sahaja, mereka sudah tahu saya jenis lembut.. Tabiat ini susah untuk saya buang. Adakah saya juga berdosa dengan menyerupai wanita dari cara ini? Sebab memang saya berjiwa lembut.

Harap ustaz boleh bagi nasihat.

Jawapan :

Takrif lelaki lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yg bermaksud orang lelaki yg berjalan seperti orang perempuan. Lelaki yang lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, memasak, berhias, berperasaan atau sikap seperti wanita dan sebagainya. Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang berat sepertimana pekerjaan lelaki.

Lelaki yang lembut adalah anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagimana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya. Baru-baru ini telah digemparkan dengan kisah Fadhil Min yang berkahwin songsang dengan lelaki Inggeris.

Sebenarnya lelaki lembut ini perlu dibimbing mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.

Sebagai masyarakat, kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini, kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang dikehendaki oleh Islam dan memberikan semangat kepada mereka supaya tidak terasa hina dan terpinggir. Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya.

Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga tersebut. Anda juga perlu ingat ini semua adalah ketentuan Allah dan setiap ciptaan Allah tidak sia-sia. Ramai lelaki yang lembut berjaya mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi penceramah, guru, ustaz dan sebagainya. Ini sekaligus menafikan bahawa lelaki lembut ini tidak berguna. Firman Allah yang bermaksud :

“Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah”.

Kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka hanya mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan hukum fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau menyerupai wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini menganggap diri mereka perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti perempuan, bergincu, seluar ketat, rambut sangul dan malah ada yang bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi mengadakan hubungan songsang iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera keinginan kepada wanita. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka yang tertipu dengan syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan. Daripada Ibn Abbas r.a. katanya :

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)

Kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Allah sangat membenci dan melaknat orang yang melakukan hubungan luar tabi’i. Berhijrahlah diri anda dari perlakuan yang lama kepada perlakuan yang baru, supaya hidup ini menjadi berkat dan menjadi hamba Allah yang baik ( Sifat Mahmudah). Seringlah takut akan azab Allah yang amat dahsyat kepada sesiapa yang melanggar perintah dan hakikat kejadian manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Syams : 7-10)

Kesimpulannya

Lelaki lembut adalah dari ciptaan Allah dan ini semua adalah dari kehendak Allah. Sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah, maka wajiblah kita menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah ke atas diri kita. Berbahagialah orang yang menerima ketentuan dan ketetapan Allah, dirinya akan merasa tenang dan akan ditambah cahaya iman dan taqwa di dalam dirinya. Positifkan pemikiran dan berdoa : “aku tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti bercinta atau mempunyai keinginan songsang. Aku akan menjadi suami kepada seorang isteri yang solehah dan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab aku sebagai suami.” Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan segala permintaan kita semua, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani, seringlah ingatkan Allah dan seringlah memohon pertolongan kepada Allah untuk mengeluarkan diri kita dari segala kesusahan.

Kitab - Kitab Khas Untuk Para Muallij

Assalamualaikum..
ana ambil dari blog klinik muallij islamiah, harap dapat dikongsi bersama dengan para pembaca blog..Insya'Allah..

http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-kitab-percuma.html



Download percuma Ruqyah Asas 17 Mustaqim
http://www.ziddu.com/download/10850371/RuqyahAsas17Mustaqim.pdf.html

Semoga ilmu yang dikongsi ini mendapat keberkatan Allah. Tiada kesilapan ayat al-quran semasa e-book ini dimuat-naik (upload) namun jika terdapat kesilapan, sila emelkan ana dengan segera. Dapatkan sekarang dan print sebagai nota kecil untuk rujukan:



Hizib

1) Tiga Hizib Khas
http://www.ziddu.com/downloadlink/9901008/HIZIBakashahkursidantauhid.pdf
-Hizib 'akashah
-Hizib Kursi
-Hizib Tauhid

2) Hizib Imam Nawawi
http://www.ziddu.com/downloadlink/10241850/HizibNawawi.pdf

3) Hizib An-Nashr
http://www.ziddu.com/downloadlink/10261488/Hiziban-nashr.pdf

4) Hizib Bahar
http://www.ziddu.com/downloadlink/10316559/HizibBahar.pdf

5) Perjanjian 7 Nabi Sulaiman
http://www.ziddu.com/downloadlink/9622063/perjanjian7nabisulaiman.pdf
Koleksi untuk taaweez dan di pamerkan di dinding rumah.

6) Hizib Imam Nawawi Bacaan Sebenar Oleh Syaikh Abdallah
http://www.ziddu.com/download/10937083/HizibNawawibacaansyaikhabdallah.pdf.html

Perubatan Islamiah

1) Konsep Perubatan Islam
http://www.ziddu.com/downloadlink/9963586/MuallijdanMakhlukHalus.pdf

2) Ayat Rukyah, Ayat Ahzab dan Ayat Syifa
http://www.ziddu.com/downloadlink/10837711/AyatRuqyahayatahzabdanayatsyifa.pdf
-Susunan ayat ruqyat, ahzab dan syifa Muallij Islamiah

3) Kitab Ruqyah Syariah Kaedah TG Ismail Kamus
http://www.ziddu.com/downloadlink/9622552/BukuPanduanRuqyahSyariah.pdf

4) Khasiat Asmaul Husna
http://www.ziddu.com/downloadlink/9970877/khasiatasmaulhusna.pdf

5) Manzil, Ayat Munjiyat, Ayat 5
http://www.ziddu.com/downloadlink/10126675/Manzilmunjiyatdanayat5.pdf
- Manzil pilihan untuk penyembuhan penyakit terutama sekali penyakit gila dan sawan.
- Ayat Munjiyat sebagai perlindungan dan benteng
- Ayat 5 Muallij untuk mangsa sihir dan menyembuhkan sihir
- Ayat 5 Sheikh Wahid Abd Salam Bali untuk menyembuhkan sihir

6) Asas 10 Zikir
http://www.ziddu.com/downloadlink/9937977/asas10zikir.pdf
- Bacaan Asas Zikir 10 Pertama Darussyifa
- Bacaan Asas Zikir 10 Pertama dan Kedua Mustaqim

7) Asas Zikir 17 Mustaqim
http://www.ziddu.com/download/10515254/asas17zikir.pdf.html
- Bacaan Asas Zikir sebanyak 34 Jenis untuk perubatan islam. Diperbaharui dari edisi lama Bacaan Asas Zikir 10 Pertama dan Kedua Mustaqim

7) Ruqyah Syariah Mustaqim dihttp://www.ziddu.com/download/9923430/RuqyahSyariahMustaqim
Huraian tentang konsep ruqyah syariah

8) 21 jenis selawat Nabi
http://www.ziddu.com/download/10938329/21SelawatNabi.pdf.html
-asas selawat nabi, selawat syifa, selawat syafi, selawat jibril, selawat tafrijiah, selawat juwariah, selawat ali, selawat abbas, selawat badawi, selawat badriyah dan lain-lain lagi

9) Al-Mathurat
http://www.ziddu.com/downloadlink/10100412/al-mathurat.pdf

10) Wirid Untuk Pesakit Lumpuh Akibat Kemalangan
http://www.ziddu.com/downloadlink/10212946/PanduanMerawatLumpuhKemalangan.pdf

11) Wirid Untuk Buang Sifat Tercela Homoseks dan Lesbian
http://www.ziddu.com/downloadlink/10228651/WiridBuangSifatHomoseksdanLesbian.pdf

12) Pengantar Perubatan Islam dan Petua Melayu di http://www.ziddu.com/downloadlink/10263041/PengantarPerubatanIslam.pdf
Petua Melayu dalam rawatan islam

13) Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
http://www.ziddu.com/download/10319055/PMSUMM.pdf.html
Huraian jenis sihir, kaedah, rawatan dan benteng terhadap makhluk halus dan sihir.

Doa-doa

1) Bekalan Selepas Rawatan - Zikir Untuk Pesakit
http://www.ziddu.com/downloadlink/10700502/BEKALANSELEPASRAWATAN.pdf

2) Doa Kanzil Arasy
http://www.ziddu.com/downloadlink/9632315/DOAKANZILARASY.pdf

3) Doa Angin Ahmar
http://www.ziddu.com/downloadlink/10016596/DoaAhmarstroke.pdf

4) Doa Akasyah
http://www.ziddu.com/downloadlink/9627553/DoaAkasyah.pdf

5) Doa Angin Ahmar Untuk Pesakit
http://www.ziddu.com/downloadlink/10304314/DoaAnginAhmarUntukPesakit.pdf

6) Doa ruqyah Santau
http://www.ziddu.com/downloadlink/9989611/DoaRuqyahSantau.pdf
- Makanan bagi mencegah santau
- Ruqyah untuk pesakit

Yasin

1) Yaasin 40 dan kaedah membacanya
http://www.ziddu.com/downloadlink/10806791/Yaasin40.pdf
- Terdapat dua fadilat. Yang pertama lebih kepada memohon kesejahteraan dan keselamatan dan yang kedua, lebih kepada kebinasaan, seperti memulang kembali sihir dll. Maknanya boleh digunakan untuk 2 niat yang serentak. Di Johor diharamkan kerana dikhuatiri penyalahgunaannya

2) Yaasin 7 Mubin
http://www.ziddu.com/downloadlink/10724909/Yasin7mubin.pdf
- Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

3) Yaasin Tunggal
http://www.ziddu.com/downloadlink/10803154/YasinTunggal.pdf
- Amat terkenal di negeri Kelantan dan selatan Thailand

4) Yaasin Fadhilah (Yasin Fadilat)
http://www.ziddu.com/download/10826968/YasinFadilah.pdf.html

Amalan Sampingan (Awas, jangan sampai bergantung kepada selain Allah)

1) Wirid sampingan Muallij
http://www.ziddu.com/downloadlink/10006595/wiridsampinganmuallij.pdf
- Ilmu Scan, Pembukaan Hijab dan Terawangan
- Tarik Permata Serai Bunga
- Khasiat Air
- dan lain-lain lagi

2) Amalan Tambahan Harian
http://www.ziddu.com/downloadlink/9621779/Amalanharian.pdf
- Amalan Selepas Solat
- Nurun Nubuwwah
- Bismillah 6
- Bismillah 9
- Bismillah 20
- Ayat 7
- Ayat 5 (Ayat Perang)
- Zikir Lam Jalallah
- Qunut Nazillah
- dan lain-lain lagi

3) Ilmu Parang Terbang
http://www.ziddu.com/downloadlink/10006154/ZIKIRPARANGTERBANG.pdf

Kitab Lama Melayu

1. Kitab Mujarrobat.
http://www.ziddu.com/downloadlink/9967312/kitabmajarrobat.pdf
- Kaedah lama perubatan dan sihir melayu.

2. Tafsir Mimpi
http://www.ziddu.com/downloadlink/9627552/tafsirmimpi.pdf
- Kitab ini dari indonesia. Hanya untuk rujukan dan bukan untuk ditelan bulat-bulat.

3. Ilmu supaya dikasihi orang
http://www.ziddu.com/downloadlink/10009092/ayatpengasihal-quran.pdf
- Susunan ayat al-quran untuk pengasihan diri

4. Kitab Al-Tabib Walhikmah
http://www.ziddu.com/downloadlink/9622316/Kitabtabibwalhikmah.pdf
-Petua tradisional melayu dari Ustaz Hj Abd Hamid Kuala nerang

5. Koleksi Petua Melayu
http://www.ziddu.com/downloadlink/9621781/Koleksipetua.pdf
-Petua untuk seisi rumah

Tasauf

1. Ilmu Rohani
http://www.ziddu.com/downloadlink/10003867/ILMUROHANI.pdf

kesemua e-book boleh di dapati di folder ziddu ana di http://www.ziddu.com/viewfolder.php?folderid=249193 (untuk view kena register dahulu)

dan juga separuh darinya terdapat di dokumen scribd ana di
http://www.scribd.com/muallij