Ketagih Internet Sama Macam Ketagih Rokok

"feels like two years i'am not update this blog"...kata-kata seorang penagih internet
Aku tak boleh menipu diri aku sendiri dan orang lain. Sebenarnya aku juga adalah seorang penagih internet yang tegar. Ketagihan internet ni mungkin boleh disamakan dengan ketagihan "Rokok". Bayangkanlah..bila cuba nak berhenti tetap tak boleh...sama jugak macam seorang perokok tegar..tapi aku bukan seorang perokok.. dan aku hanya mendengar dari pengalaman orang yang merokok.

sebenarnya banyak jenis ketagihan dalam topik ni..sama la kan macam Rokok... ada orang suka spam rokok DJ(seludup), Dunhill, Sampoerna, Winston, ASTRO..blablabla...dan sebagainya.. dan ketagihan internet jugak boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori..antaranya..


1.Ketagih laman Web Sosial seperti facebook.com dan forum2
keinginan yang kuat untuk bersembang.
2.Ketagih dengan laman web video seperti www.youtube.com
keinginan yang kuat untuk menonton video2
3.Ketagih dengan laman web yang berunsurkan pornografi seperti **********
keninginan yang kuat untuk melayari laman web lucah
4.Ketagih dengan Permainan Online
Keinginan yang kuat untuk bermain dengan permainan yang penuh dengan imaginasi

5.Ketagih dengan ruang-ruang sembang Ymessenger, GTalk, Fbchat..
Keinginan yang kuat untuk berhubung dengan orang yang jauh..

Tidak dinafikan, memang ramai orang suka bersembang..termasuklah empunya blog deathnota ni..
Mak cakap : kamu ni man, jangan la asyik dengan komputer tu...takde apekebendanya dalam internet tu..banyak keburukan dari kebaikan..
Man : Ala mak, mak bukan tau pun..mak orang zaman 50an bukan tau ape2..sebenarnya mak banyak kebaikan dalam internet ni, mak boleh chatting..dan boleh menimba banyak ilmu pengetahuan dari internet ni.


bagi aku la, internet adalah satu kemudahan yang berguna untuk untuk menimba ilmu...tapi sebenarnya dari 100% yang boleh digunakan untuk menimba ilmu..aku cuma gunakan 30% untuk menimba ilmu, maksudnya ada masalah sikit aku tanya google.com..yang selebihnya..paham2 je la..

ni aku ambil petikan sikit
Kebimbangan mengenai penggunaan Internet secara keterlaluan sehingga mencapai tahap ketagihan bukan masalah terpencil, malah pengkaji psikologi di Barat menganggap ia adalah masalah sejagat yang harus di ambil perhatian.

Pada Mac tahun lalu, pakar psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan misalnya, dalam satu kajian mengenai ketagihan Internet, kerajaan negara tersebut telah menganggap masalah ketagihan Internet sebagai isu kesihatan awam yang paling serius selepas berlakunya beberapa siri kematian di kafe Internet dan pembunuhan membabitkan permainan komputer.

Berdasarkan data yang diperoleh pada 2006, Korea Selatan menganggarkan kira-kira 210,000 kanak-kanak di negara tersebut yang berumur di antara enam dan 19 tahun menghadapi masalah ketagihan Internet dengan 80 peratus daripadanya memerlukan rawatan psikotropik dan 20 hingga 24 peratus lagi perlu dimasukkan ke hospital.

Bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaan Korea Selatan pada Jun 2007 telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

China alami masalah yang sama

Pada 2007, Kerajaan China telah mengehadkan permainan komputer setelah mendapati kira-kira 10 juta kanak-kanak di negara tersebut didiagnosis mengalami ketagihan Internet.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet.

Persoalannya, apakah pengguna Internet di Malaysia terlepas daripada masalah ketagihan Internet?

Mungkin ada pihak yang perlu tampil dengan data terperinci mengenai masalah ini sebelum ia terlambat untuk ditangani kerana punca kepada permasalahan ini sememangnya berada di depan mata kita.

Kafe-kafe Internet boleh dilihat tumbuh bak cendawan selepas hujan dan mungkin ada yang tidak mempunyai lesen yang sah menunjukkan sambutan mengalakkan daripada pengguna remaja.

Malah, penggunaan Internet untuk urusan peribadi dan hiburan pada waktu pejabat dan melayari Internet di rumah tanpa kawalan ibu bapa boleh menjadi penyebab kepada masalah ketagihan Internet di Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan Internet? Ketagihan Internet secara dasarnya bermaksud penggunaan komputer yang keterlaluan dan berlebihan baik secara online atau offline.

Jika anda sebagai pengguna Internet mempunyai gejala seperti menggunakan komputer yang berlebihan sehingga meminggirkan hal-hal asas yang lain, merasa marah, tertekan dan murung apabila tidak dapat menggunakan komputer atau Internet dan begitu taksub terhadap penggunaan komputer sehingga ghairah untuk mendapatkan perkakasan dan perisian terkini yang ada di pasaran dan sering bertelingkah, menipu, mengasingkan diri daripada masyarakat dan keletihan, maka anda sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ketagihan Internet.

Pengguna tegar

Mungkin ada pengguna Internet tegar yang tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memiliki gejala-gejala tersebut mereka sudah boleh dikategorikan sebagai penagih Internet.

Malah sewaktu Dr. Jerald Block mengutarakan pendapatnya mengenai ketagihan Internet sebagai satu masalah mental, sesetengah pengguna Internet tegar di seluruh dunia tidak bersetuju dan menempelak kenyataan tersebut.

Mungkin benar bagi pengguna Internet tegar ini ketagihan internet bukanlah sesuatu yang negatif tetapi sebaliknya bagi golongan kanak-kanak, pelajar, pekerja, suami atau isteri, ketagihan internet boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Jika masalah ketagihan internet di China dan Korea Selatan dijadikan panduan, jelas wujud beberapa persamaan yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini di kalangan pengguna Internet di Malaysia.

Antaranya, ialah kewujudan kafe-kafe Internet yang beroperasi tanpa lesen dan tidak mengikut peraturan yang menjadi tumpuan para pelajar untuk bermain permainan komputer atau melayari Internet.

Jika tindakan tegas tidak diambil ke atas kafe-kafe Internet sebegini, kecenderungan para pelajar menghabiskan masa bermain permainan komputer dan melayari internet boleh menjadi pemupuk kepada ketagihan internet.

Malah isu pelajar poteng sekolah dan menghabiskan masa di kafe Internet bukanlah sesuatu yang asing di negara ini.

Menghabiskan masa bermain permainan komputer atau melayari Internet untuk bersembang, menghantar e-mel dan melayar laman-laman web rangkaian sosial seperti Friendster, MySpace atau Facebook, perjudian atau pornografi tanpa mengira masa memang memudaratkan apatah lagi bagi pekerja-pekerja dan mereka yang sudah berumah tangga.

Bayangkanlah jika suami atau isteri yang banyak menghabiskan masa Internet untuk bersembang, e-mel dan melayari laman-laman web pornografi atau judi, maka tidak mustahil ketagihan tersebut boleh mencetuskan konflik di dalam rumah tangga.

Malah dewasa ini bukanlah asing bagi kita mendengar keruntuhan institusi kekeluargaan akibat pengabaian tanggungjawab, kecurangan dan keganasan domestik ekoran daripada ketagihan internet.

Ketagihan Internet bukan sahaja memberi impak negatif kepada kehidupan pengguna-pengguna Internet tersebut malah mendedahkan mereka kepada kerentanan terhadap jenayah-jenayah siber seperti serangan virus komputer, kecurian identiti, buli dan peras ugut yang semakin berleluasa.
scofield : senang jak mok hilangkan ketagihan internet obrey..hantar jak org tagih internet tggl dlm hutan atau gua yg tiada kemudahan langsung...hehehee

yang ni aku setuju, letak je duduk dalam gua.. mesti dia tak ketagih dah..rilek2.. jangan risau, ada cara lain...baca kat bawah ni pulak..


Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dan langkah berikut boleh lah diberi perhatian:
1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan


http://intim.wordpress.com/2008/05/25/strategi-mengelakkan-ketagihan-internet/

sekuranya-kurangnya..aku tak la rasa sampai nak mati kalau tak dapat internet...
semoga berjaya...melepaskan ketagihan rokok dan internet anda...bwahahahahahaha

No comments on "Ketagih Internet Sama Macam Ketagih Rokok"

Leave a Reply