Antara "Anak ikan", "Anak Ayam" & "Anak Angkat"

Dipetik dari Blog Nas Letter, tertarik nak baca waktu dia post dekat facebook tadi (dia ke sape entah).

http://nash121.blogspot.com/2010/11/apa-itu-anak-ikan-dan-anak-ayam.html



     Anak ayam dan anak ikan. Bila kita mendengarnya seperti perkara biasa,alah..anak ayam yang kecik comel-comel tue,yang asyik ekori mak dia je bila nak pergi mana-mana...Anak ikan pula biasanya ikan yang berada dalam belaan kita dalam balang air atau akuarium serta selalu di beri makan dan dijaga dengan baik. Namun,bagi mereka yang sudah 'faham' dengan perkataan itu,ia membawa maksud yang berbeza tapi sedikit sebanyak berkait rapat dengan perkataan itu. Maka,apa maksud sebenar anak ikan dan anak ayam?


     Anak ikan dan anak ayam mempunyai maksud yang hampir sama,cuma ada sedikit perbezaan (maaf kalau info yang diberi kurang lengkap). Anak ikan setahu aku lelaki muda yang menjadi simpanan wanita yang biasanya berusia sedikit (ada yang bergelar datin) ataupun lelaki gay, manakala anak ayam ialah perempuan yang menjadi simpanan mak ayam dan bapak ayam bukan untuk menjadi alat pemuas nafsu 'bapak' dia,malah menjadi alat pemuas nafsu pelanggan bapak-bapak ayam atau erti kata lain bagi anak ayam ialah pela***.



Ciri-ciri yang biasanya ada pada anak ikan ialah:

-memiliki paras rupa yang tampan lagi-lagi macam model.
-tubuh badan yang tough,macam atlet,berbadan seksi
-pandai berkata-kata
-bijak dalam hal seksualiti dan tahan lama
-daripada tidak berduit,tiba-tiba ada banyak duit (ditanggung )
-kerjanya senang je,cuma tunggu call dan kemudian layan 'mak' atau 'bapa'nya.
-biasanya tidak duduk serumah dengan mak atau bapa ikannya,cuma bila ada panggilan daripada mereka barulah bersama dengan mereka.

Ciri-ciri yang biasa ada pada anak ayam ialah:

-memiliki paras rupa yang cantik,kulit gebu
-fizikalnya? xyah cakap la...montok dan seksi
-dapat upah selepas menjalankan tugas yang 'diamanatkan' daripada mak atau bapak ayam.
-mempunyai skil 'mengawan' yang hebat
-tidak perlu skil komunikasi yang baik daripada anak ikan,cukup paras yang seksi
-mesti serumah dengan 'parentnya' serta 'adik beradiknya',kalau tidak,jenuh maknya nak cari anaknya yang lesap.
-biasanya yang muda saja,kalau dah tua tu dah tak mengaku anak dah,kena halau keluar.

     Biasanya mereka yang sanggup serta 'terpaksa' menjadi anak ikan serta anak ayam ini adalah kerana mereka ini kekurangan wang serta inginkan hidup mewah dengan 'transform' bertukar menjadi anak ikan/ayam berbanding anak manusia sebelumya. Ada juga yang mereka berpelajaran tinggi! dek desakan kewangan serta jumlan PTPTN yang asalnya mencukupi,namun dirasakan tidak mencukupi untuk menampung sara hidup mereka di IPT,mereka sanggup melakukan perkara sebegitu.

     Bagi bapa serta mak ikan,mesti mereka puas kerana berjaya memiliki 'seluruh' tubuh anak ikannya serta boleh membawanya berjalan-jalan bershopping serta pernah ajak anak ikannya ke luar negara walau mereka biasanya sudah berkahwin dan mempunyai anak kandung. Duit itu bukannya menjadi masalah mereka yang bekerjaya tinggi ataupun mendapat nafkah dari suami mereka,namun dilaburkan wang itu ke jalan sia-sia.

Bagi bapa serta mak ayam pula,mereka mesti puas kerana memperoleh duit yang banyak hasil 'tugas' anak-anak mereka yang biasanya lebih daripada 10 orang anak ayam. Biasanya mereka je yang dapat duit lebih walaupun kerjanya mengarahkan serta mengagihkan 'tugas' anak mereka bersama pelanggan yang sangap,manakala anak ayam mereka cuma dapat sebahagian kecil wang tapi masih berbaloi bagi mereka. Bagi mereka,kepuasan seksual itu bukan menjadi perkara pokok,cuma kepuasan memperoleh banyak wang serta mampu hidup mewah serta mampu pergi shopping itulah apa yang diharapkan oleh mereka.

     Apa yang nak disimpulkan disini ialah dengan 3 perkara. Pertama,jika menghadapi masalah kewangan terutamanya dari segi pendidikan,bolehla meminta sedikit wang untuk digunakan membeli hal yang penting saja daripada kawan,mereka sedia membantu,asalkan banyar balik. Lagi satu,duit PTPTN atau biasiswa bukannya wang yang diberikan untuk enjoy-enjoy,beli handset yang canggih-canggih,shopping sakan je,jangan lupa tujuan kita mendapat wang itu untuk digunakan menyara hidup kita di kampus serta membeli barang yang dirasakan perlu saja.

     Kedua, bagi mereka yang mendapat pelawaan untuk menjadi anak tiri anak ayam atau anak ikan sekalipun, tolaklah dengan rela hati dan tegas. walaupun kita bakal diberikan kemewahan yang diberi tanpa perlu usaha dengan gigih (terutama sekali anak ikan), kemewahan itu cuma bersifat sementara saja, malah kemewahan ini juga bakal memakan diri kita,contohnya duit yang dibelanjakan tidak berkat serta mungkin mereka yang terjebak dalam industri pela***an ini,kemungkinan besar akan ditangkap oleh pihak berkuasa. MESTI malu punya kalau mak ayah kita kalau tahu anaknya menjadi anak ayam.
 
  Ketiga, segala tindakan kita perlulah ingat kepada Allah. Jangan lupa sembahyang lima waktu serta amalkan perbuatan amar makruf nahi mungkar, Insya-Allah,kita boleh terlepas daripada terlibat dalam gejala ini. Ingat kat mak ayah kita juga...kesian pada mereka kalau mereka dapat tahu...  


Then tiba masa pulak komen dari blog deathnota. 


anak ikan ni boleh dikenali sebagai "ga*boy" jadi pemuas nafsu si bapa ikan (mengikut apa yang aku baca). Segala ciri-ciri yang Nas-Letter bagi tadi pulak memang boleh diguna pakai. Tetapi jangan kita buruk sangka. Mulut manusia memang tak pernah tutup, main taram ja. Kadang- kadang kita rapat dengan orang yang lebih "tua" kita pergi makan dengan dia kat mana-mana jadi "anak angkat" dia. Kebetulan kita pula ada wajah berupa model..seperti mana anas cakap tadi.. tak pasal2 kita dituduh "anak ikan", "ga*boy" dan sebagainya.. (ingat Tuhan lihat perbuatan kita).

kesimpulannya dari Deathnota. Jangan la kita buruk sangka kat orang. Mungkin orang yang kita tuduh tu lebih baik dari kita.. Tuduhan tanpa bukti memang tak boleh diterima. sekiranya kita ada buruk sangka kat seseorang lebih baik tanya orang tu terus cari bukti.. :)

tapi ingat sekiranya seseorang tu pelik macam "pegang2 tangan" sesaje sambil jalan gi shopping..jantina pulak sama "Sah G*Y".

Sekian..
Wassalam


 

2 comments on "Antara "Anak ikan", "Anak Ayam" & "Anak Angkat""

  1. hehehe...wah...ko tambah ek anak angkat..bagus3...
    thx la sbb linkkan ke blog aku..terharu beb :)

    ReplyDelete