Cuba Cara Hipnosis dan Rahsia Kejayaan


Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni ialah tentang  hipnosis... bila aku cakap hipnosis terbayang dalam otak korang yang hipnosis ni Pukau.. yup, memang pukau.. tapi tidak melibatkan mana-mana pengaruh makhluk lain seperti Jin. Kalau yang dekat luar tu, selalu kita dengar orang hilang duit, hilang barang kemas.. dalam sekelip mata je.. melalui sesuatu kaedah seperti sentuh,tenung..yang tu mungkin melibatkan pengaruh makhluk ghaib.



aku nak ceritakan pengalaman aku dalam bidang hipnosis ni. Sebenarnya aku bukanlah seorang pakar hipnosis. Aku cuma test hipnosis, baru mula semalam..aku try hipnosis adik aku..memang menjadi. Yang korang perlukan hanyalah keyakinan antara (pesakit) dan Penghipnosis dan sedikit ayat yang memukau.

macam mana hipnosis boleh terjadi..? kalau ikut pemahaman aku, hipnosis satu kejadian yang dipengaruhi oleh sesuatu ayat. Sebenarnya otak kita ada tiga peringkat.. aku tak ingat la, dulu pernah baca..dalam keadaan tidur kita ada 3 peringkat iaitu SEDAR,SEPARA SEDAH,BAWAH SEDAR. Kalau dalam istilah sains ia dipanggil peringkat tetha dan sebagainya.

korang boleh test, seorang penghipnosis untuk menjadi pakar hipnosis memerlukan kemahiran membuat ayat dan meyakinkan si pesakit. baiklah mula-mula macam ni, korang tempatkan pesakit tadi di satu tempat yang tenang, sunyi...dan suruh fokus pada apa yang akan korang cakapkan, dan ayat yang akan korang cakapkan tiada perkataan Emmm, eh.... ayat korang perlu terus menerus. sebelum mulakan hipnosis. korang perlu suruh pesakit tadi tarik nafas dan duduk dalam keadaan yang selesa.

contoh ayat.


Sekarang Fokus pada apa yang saya akan cakap pada anda.. fokus,fokus,fokus..dan terus fokus..dan sekarang, anda akan menjadi tenang,tenang, tenang dan selesa..
pengulangan perkataan Fokus,Tenang dan selesa..perlu diulang.

Sesuatu perkataan itu adalah satu doa.. Apa yang ada disekeliling kita, apa yang kita dengar akan dilakukan oleh kita secara langsung ataupun tidak langsung.. pernah lihat buku kat bawah ni..?

bukan nak promosi atau apa..  aku pernah baca buku ni..tak silap aku ada buku ni bagitahu camni..Apa resepi sesuatu kejayaan..? "Jauhkan dari perkatan Dan Orang yang berfikiran Negatif", Dan dekatkan diri dengan orang yang berfikiran Positif dan Bercakap perkataan yang positif" sebab orang yang berfikiran dan bercakap perkara negatif dapat mempengaruhi korang..kadang2 minda separa sedar kita akan aktif dan perkataan negatif tadi akan lekat dalam diri kita..dan kita akan melakukan perkara negatif tadi..begitu juga sebaliknya..

berbalik kepada topik hipnosis tadi.. kesimpulannya, seseorang boleh dipengaruhi oleh apa yang selalu diucapkan  padanya..

baiklah korang teruskan sesi hipnosis tadi..gunakan perkataan ni berulang kali..

dalam kiraan 1,2,3 anda akan merasa semakin mengantuk dan terus mengantuk, mengantuk, mengantuk dan terus mengantuk..
terus melakukan kiraan 1,2,3.. sambil diselangselikan dengan perkataan mengantuk, akhir sekali  korang cakap kat pesakit

adakah anda merasa mengantuk? jika mengantuk sila angkat tangan anda.. dan dalam kiraan 1 sampai 5... anda akan tertidur, anda akan tertidur...tertidur dan terus tertidur tetapi anda masih mendengar apa yang akan dicakapkan pada anda..

untuk melihat sama ada sesi hipnosis korang menjadi, korang suruh pesakit akan tangan kanan atau kiri sampai paras dada.. dan tanya sekiranya dia masih posisi tidur..

sekiranya anda masih dalam posisi tidur, sila angkat tangan kanan...angkat tangan kanan, angkat tangan kanan..

untuk sedarkan pesakit mudah, korang cuma perlu tepuk atau kejutkan pesakit..dan bertanya sekiranya pesakit sedar atau tidak ketika angkat tangan kanan tadi..sekiranya pesakit kata Tak sedar, Atau Tak ingat... Tahniah.. Hipnosis korang menjadi..tetapi korang perlu lebih banyak latihan...yang penting ayat untuk menghipnosis seorang pesakit tidak tersekat-sekat..

oklah..takat ni je aku boleh tulis...saje nak berkongsi pengalaman..best jugak menghipnosis ni..selamat mencuba..

No comments on "Cuba Cara Hipnosis dan Rahsia Kejayaan"

Leave a Reply