Anda Munafiq Dan Hipokrit


Dalam al quran, kita dapati azab yang bakal ditimpakan kepada orang munafiq lagi hebat berbanding azab yang ditimpakan kepada orang kafir.

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya;
"sesungguhnya Allah himpun orang munafiq dan orang kafir, semunya dalam neraka".

(Surah An-Nisa' : 140)

Dalam ayat ini, didahulukan menyebut kalimah "munafiq", berbanding kafir. Hikmahnya, dinyatakan dalam ayat yang lain, bahawa azab yang bakal ditjmpakan kepada munafiq lebih berat berbanding orang kafir.

Firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Maksudnya;
"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka"

(Surah An-Nisa' : 145)

Itu yang pertama. Yang keduanya pula, penghinaan terhadap orang munafiq itu, bukan sekadar berlaku di akhirat kelak, malahan di dunia pun Allah SAW telah menggambarkan kehinaan terhadap mereka. Ini dibuktikan dengan penurunan ayat berkenaan dengan kematian tokoh munafiq di zaman Rasulullah SAW, iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Yang mana Allah SWT menyatakan;

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya;
"jangan kamu solat ke atas salah seorang dari kalangan mereka yang mati sampai bila-bila, dan jangan kamu berdiri di kuburnya, kerana mereka kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya".

yang geramnya ada orang yang sesuka hati menuduh seseorang itu munafiq. Sungguh buruknya Orang Munafiq ni.



just mau kongsi...sebenarnya aku benci orang yang menuduh orang lain munafiq au hipokrit..padahal benda tu susah nak nampak melainkan apa yang Nabi dah bagitau..yang munafiq itu ada 3 ciri...dalam sesetengah riwayat 4 ciri...wallahua'lam..anda cari la sendiri kat google.


Klise - inilah yang boleh saya katakan bila mendengar orang kata tak mahu jadi hipokrit. Nak jadi diri sendiri. Tak nak tipu diri sendiri..tak nak tipu orang lain.. Maka jadilah ungkapan "Be Yourself" sebagai pegangan mereka... Amboi, bagusnya...
.

Cuba kita fikirkan kembali, sebenarnya terdapat kesilapan bagi sesiapa yang menjadikan kata-kata ini sebagai pegangan. Sekiranya perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan tiada kaitan dengan agama ataupun lebih jelasnya tiada ketetapan secara mutlak dalam agama, maka dalam perkara sebegini tidak mengapa jika kita ingin “be myself”. Kita bebas memilihnya mengikut selera dan aneka rasa yang ada. Contohnya seperti makanan kegemaran, warna kesukaan dan hiasan pada blog.
Sekiranya perkara itu ada kaitan dengan agama ataupun sudah ditetapkan hukumnya dalam Islam, maka perkara itu bukanlah suatu pilihan, sebaliknya ia adalah satu ketetapan, yang tidak dapat tidak mesti kita ikuti dan patuhi. Tiada pilihan lain. Contohnya seperti kewajipan menutup aurat dan solat lima waktu. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang tersalah memilih, tetapi setelah kita ketahui mana yang benar maka perlulah kita ikuti dan amalkan.


Antara penyebar utama ‘fahaman’ ini ialah segelintir artis. Ada dalam kalangan mereka (terutamanya artis wanita) yang pergi menunaikan haji atau umrah lalu pulang ke tanah air dan ditanya, “Mengapa anda tidak bertudung seperti sebahagian artis lain yang baru pulang dari tanah suci?” Dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, “Mengapa perlu tukar itu dan ini? Saya adalah saya! Kenapa nak ikut orang lain? Saya bukannya hipokrit!” Lebih kurang begitulah reaksi mereka. Sedih kita apabila mendengar kata-kata sedemikian.



Dalam satu sumber yang dipetik penulis, hipokrit didefinisikan sebagai seseorang yang mengatakan sesuatu walaupun dia tidak bersetuju dengannya, seseorang yang berlawanan sifatnya dengan apa yang dilakukan, atau sesiapa sahaja yang mendiskriminasi orang yang melakukan perkara yang mereka sendiri melakukannya walaupun mereka menyedarinya.


Tetapi, dalam masyarakat kita dewasa ini, istilah hipokrit acapkali diterjemahkan sebagai munafiq. Adakah sama maksudnya? Jika kita merujuk kembali kitab-kitab agama, munafiq didefinisikan sebagai mereka yang yang mengaku Islam pada zahirnya, tetapi dalam hatinya dan tindak-tanduknya bukanlah seperti seorang Islam. Atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah berpura-pura sebagai seorang Islam.



Perkara inilah yang perlu difahamkan kepada masyarakat kita umumnya, apatah lagi sesetengahnya menyalahgunakan istilah hipokrit dan munafiq ini. Tentu kita biasa mendengar ungkapan, “Biarkan apa orang nak kata pada saya, walaupun saya berpakaian macam ni, saya ni baik, iman dalam hati. Iman bukannya pada tudung, jubah, purdah, kopiah atau serban“ ataupun sebegini “Inilah diri saya, saya memang sejak kecil macam ni. Saya tak nak la jadi hipokrit dengan memakai tudung la, stokin la. Hei! Jahat sangat ke saya ni? Allah tak pandang luaran, Dia tengok hati kita. Tak semestinya berpakaian macam ni hati kotor!”Bagaimana dan kenapa masih wujud kata-kata seperti ini?. Terutamanya dalam kalangan artis dan muda-mudi umumnya. Sebenarnya mereka tidak memahami apa itu iman dan munafiq yang sebenar.


Iman berdiri dengan tasdiq bil qalb (membenarkan dengan hati), taqrir billisan (mengaku atau mengucap dengan lisan),dan ‘amal bil jawarih (amalan dan perbuatan anggota badan). Iman bukan sahaja letaknya di hati, perlu cukup perkara-perkara yang disebutkan, barulah boleh dikatakan sebagai sempurna iman. Jika tidak, jangan mudah-mudah dan senang-senang hendak mengaku hati bersih dan kuat iman.


Tapi apa yang berlaku pada hari ini ialah lahirnya para ‘mufti’ dari kalangan artis dan mereka yang terpesong. Pernah seorang ulama berkata, “Iman itu ibarat biji benih, jika benih itu elok maka akan keluarlah pohon, dedaunan serta buah-buahan yang subur dan mekar. Tetapi, jika benih itu buruk maka sebaliknyalah hasilnya…”


Apa pula yang dimaksudkan dengan munafiq? Adakah mereka yang sejak kecil jahat kemudian melakukan perubahan kepada kebaikan itu dikatakan sebagai munafiq? MasyaAllah! Sungguh terpesong mereka yang berfikiran sedemikian. Munafiq ialah mereka yang mengaku Islam tetapi amat membencinya. Mereka ini lebih teruk daripada orang kafir kerana mereka adalah musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan ular dalam semak. Jadi, adakah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dianggap munafiq?. Ini merupakan persoalan yang perlu ditanya pada diri dan dikaji secara mendalam.


Sebahagiannya pula ada yang berkata, “Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas? hipokrit!! lebih baik free hair je!!” Sebenarnya, ikhlas adalah sesuatu yang cukup susah untuk kita mendapatkannya. Kata sebahagian ulama, “Ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam yang kecil berada di atas batu hitam dalam sebuah gua yang gelap pada waktu malam gelap gelita.” Lihatlah! betapa sukarnya hendak mendapatkan keikhlasan yang sejati. Sehingga begitu sekali perumpamaan yang diungkapkan.


Jika kita hendak menunggu ikhlas singgah pada diri atau bak kata sebahagian orang, “tunggu sampai seru”, maka mungkin kita tidak akan sembahyang, berpuasa, melaksanakan hudud atau menutup aurat sehingga hari kiamat. Di dalam kitab Arbain Nawawi keikhlasan atau keimanan itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, beramal kerana Allah semata-mata, beramal kerana inginkan syurga, beramal kerana takutkan neraka.


Apakah penyelesaiannya? Untuk memupuk keikhlasan di dalam diri, memerlukan tarbiah, mujahadah, latihan dan kemahuan yang tinggi. Ia perlu dilakukan berperingkat-peringkat dan mempunyai marhalahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita berubah,memupuk keikhlasan di dalam diri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Ditulis Oleh:
MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN MOHD SOBRI,
Tahun 2, Azhar

facebook : mujahidah islam
Suntingan: durratul mujahid

FORMSPRING QUESTION






salam..

jzkk utk soalan ini ukhti =) ..

hipokrit atau dalam english 'hyprocrite' pada dasarnya membawa maksud ;- a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess ..

atau dalam bahasa mudah kita, seseorang yang berpura-pura atau talam dua muka..

Manakala munafik pula berasal daripada istilah arab, dan merupakan salah satu daripada ciri-ciri atau sifat yang amat tercela dalam islam..

Mungkin kita pernah mendengar hadis popular ini ;-

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Daripada hadis tersebut kita boleh keluarkan 4 sifat utama seorang munafik, yakni ;

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan kepadanya atau tidak menunaikan tugas dengan sebetulnya.

2. Bercakap dusta dan bohong sama ada dalam bentuk penulisan, kata2 , pemutaran fakta atau mengubah serta menokok-tambah suatu kenyataan yang benar.

3. Mengingkari janji yang termeterai antara dirinya dengan orang lain..

4. Sentiasa ingin menang dalam suatu perbalahan walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah, atau dalam erti kata lain ; ego ..

Keempat-empat sifat ini merupakan sifat2 yang wajar dijauhkan dalam kehidupan seorang muslim..ditambah lagi dengan keburukan serta impak negatif yang terbentuk akibat perbuatan terkutuk ini..bukan sahaja mampu membawa kepada pergaduhan dan perpecahan, tetapi juga bakal membawa kepada terhasilnya fitnah yang amat besar kepada ad-deen kita ini..

Bagi ana, hipokrit termasuk dalam sifat2 seorang munafik, tetapi hipokrit lebih menjurus kepada perbuatan 'menyembunyikan niat2 lain' yang menjurus kepada kepentingan diri sendiri..

Seorang yang hipokrit mungkin patuh dan sentiasa menunaikan janji yang dilakukannya dengan orang lain, tidak pecah amanah , tidak bercakap bohong dan sebagainya..Tetapi, hati dan niat perlakuannya itu ternyata lain daripada niat yang murni, lebih2 apabila 'di belakang tabir' , dia berkelakuan seperti orang lain pula..

Namun begitu, kadangkala wujud perspektif masyarakat yang agak mudah melabelkan seseorang sebagai hipokrit ataupun munafik, sedangkan hati dan naluri seseorang itu, hanyalah berada di bawah kekuasaan Allah SWT ..
Boleh jadi orang yang kita label itu sedang mengalami fasa perubahan..berubah untuk menjadi seorang hamba yang soleh..Pada saat imannya tinggi, dia berkelakuan baik, berkata benar dan sebagainya..tetapi pada saat imannya rendah, dia terleka sebentar sehingga terkeluar juga sifat2 mazmumahnya yang lama..

Insan2 seperti inilah yang wajar diberikan ruang dan bimbingan yang sebenar..bukannya dicaci maki, diumpat serta dilabel sebagai seorang 'hipokrit' .. perbuatan ini bukan sahaja melemahkan semangatnya utk berubah, tetapi juga bakal mengundang parah yang lebih besar kepada masyarakat islam kita..

Sekiranya kita mudah melabelkan seseorang hanya berdasarkan pandangan dan pemerhatian kita sahaja..siapakah agaknya yang munafik dan hipokrit sebenarnya ? Bukankah berkata sesuatu yang dusta itu salah satu daripada sifat orang2 munafik ?

Insya Allah, sama2 kita menjauhkan diri daripada perbuatan mazmumah yang hanya membawa kehancuran kepada ummah kita ini..

Sama2 kita jauhi sifat munafik, hipokrit , serta mudah melabel2 orang tanpa usaha utk membawanya ke arah kebenaran ini..

Dan sama2 membentuk sikap saling mengingati dan berpesan antara kita semua..insya Allah =)

jzkk untuk soalan ini ya ukhti ^_^ .. sori ek kalau x memenuhi jawapan yang ukhti nak..huhu...





sumber1. : DURRATUL MUJAHID

sumber2. : AL-BAKISTANI 
sumber3. : Hazim Dahuli Formspring
             


2 comments on "Anda Munafiq Dan Hipokrit"

  1. nice entri nie...kne hati2 sebab kita xsedar la kita nie boleh termasuk dlm golongan munafik
    harap2 xjadi begitulah...
    jujurnya aku pena tipu org..tp utk kebaikan diri la~

    ReplyDelete
  2. haha.. ya ka nas..

    x tau la.. aku pun bukan pandai agama sangat.

    ReplyDelete