Muat Turun Buku Permata Yang Hilang - Khas Pasangan Yang Baru Berkahwin

\
 karya - Ibnu Yusoff

 Buku Permata Yang Hilang adalah hanya TERAMAT sesuai dibaca untuk semua yang telah BERKAHWIN.

Tidak sesuai untuk bacaan yang belum berkahwin!!!

tannggung sendiri ye, if ada kemusykilan tanyer la ustaz2 ., xdeath dah peringatkan..


http://www.mediafire.com/?b1ya86ef6zdwm6q

 Password : deathnota


password dia sama tak pernah berubah.. lepas klik link.. dia akan ada kotak tuk masukkan password then klik unlock file. pastu baru download.

Window 7 Live CD extreme





Windows 7 Ultimate Live CD Extreme Edition (x86/x64/ENG)
Size :
408.29 MB



Release Date: 2010
Platfm: x86-32 | x86-64 | EM64T
Bit operating system: 32 bits
Language: English
License Status: Cracked
Fmat: .ISO (Bootable) PE
Windows 7 Live CD - The operating system loaded from removable media (CD DVD USB-drive etc.) does not require installation to operate on the hard disk. The same concept and suppts refer to these operating systems. Windows 7 Live CD allows you to quickly start wking with a computer avoiding the lengthy process of installing the operating system in a permanent memy of a computer - the hard drive. Running Live CD usually takes a few minutes at a time as the first launch of the traditional operating system often requires several hours.
Featues:
- Recovering after failures:
Another application of Windows 7 Live CD - the restation of data and / efficiency ce operating system after failure. It allows you to wk with the computer when the primary operating
- Wk on multiple computers:
Another advantage of Windows 7 Live CD is a convenience if you move. F example you can get Windows 7 Live CD with you if you need some time to wk on another computer. That way you can on any computer (with CD-ROM) easy access to familiar operating system and not to be afraid of harming someone else's system and others' data while wking.
- Diskless computers and computers with small drives:
Windows 7 Live CD can be used on computers with no hard drive (which is very rare) and on computers with hard disk drive very small amount (which is also rare).
Embedded tools:
- Standard applications:
+ WdPad
+ Calculat
+ Paint
+ Notebook
- Games:
+ PinBall
+ Frecell
+ Conect 4
-System tools:
+ Copy a disk (floppy)
+ A43 File Managment Utility (instead of wire)
+ Bart Stuff Test
+ Total Commander
+ System Reste
+ Remote Descktop Connection (Remote Desktop)
+ Drive Snapshot
+ Cpu-Z
+ On Screen Keyboard
+ Reg Edit
+ Task Manager (Task Manager)
+ Windows Help
+ Nu2Menu
+ Everest Advanced System Infmation
+ DiskPart
+ Check Disk
+ Matrix Screensaver
+ CMD (command line)
+ RUN (execute)
- System requirements:
+ Process
+ Mouse / Keyboard
+ Display with at least 800x600 resolution and 32 bit cols
How to install:
1.Take the ISO file and burn it to a cd
2. Boot from cd and boom! Your done =o



Download

FILESONIC

http://www.filesonic.com/file/1446874141/7_Extreme_Edition.rar


WUPLOAD
  http://www.wupload.com/file/57103692/7_Extreme_Edition.rar


P/s : boleh jugak run dalam VMWARE.. atau virtualbox :D, ni bukan setup tapi liveCD. Masukkan dalam Pendrive atau burn dalam CD pastu terus guna je..



BERSIH 2.0 - The truth that cannot Be cover

tAssalamualaikum.. 


 



cuma mahu berkongsi video demonstrasi bersih2.0.. video ni memang TAKKAN ditunjukkan dalam media Tv3,RTM dan sebagainya, sebab semua kerajaan yang punya.

Bukan aku anti kerajaan dan aku juga bukan pro pembangkang.. aku atas pagar, aku seorang yang jenis tengok, fikir dan pilih je mane yang betul.

aku tak faham, kenapa orang ramai marah sangat pasal perhimpunan BERSIH ni, dan alasan diorang sebab merugikan banyak peniaga-peniaga lalu ekonomi negara akan tidak stabil, dan diorang cakap ade agenda politik di sebalik bersih2.0 ni. Aku sokong ideology diorang.. sebab semua positif tapi aku takkan sama sekali sokong si ambiga si kafir harbi..

Maaflah, agenda BERSIH takkan dipaparkan dalam mana-mana media massa di Malaysia, Macam ada satu kuasa yang filter benda-benda macam ni. Korang boleh cari sendiri agenda dia kat google.. Kat baju diorang pun ade.

why police want to arrested them.? ok, aku paham.. sebab takder permit.. ok fine.. tapi adakah ini alasan polis melakukan para peserta Bersih seperti dalam video.? bukanlah nak dikatakan kejam  sangat, Persoalannya di sini kenapa perlu pukul tanpa sebab.? cuma sebab peserta haram ke.? 

then, kenape perlu cover kesalahan.? paparkan lah pada Malaysia, Malaysia nak tengok kebenaran. TV3 dan semua media massa takkan takut kena gam.? takut orang lain akan provoke balik untuk benci polis.? tapi kenapa polis macam bukan polis je.? macam kl gengster je..

Aku rasa malu pun ade kat orang luar negara.. Kata Malaysia ni demokrasi.? demokrasi versi ape ni.? buat perhimpunan macam reunion pun salah.? tahu-tahu tiba-tiba je polis tembak air? bukannyer ade orang gaduh pun.. takder pun yang macam 13may tu..polis je lebih2 provoke.. saje cari pasal.

ni cuma pendapat aku lar..pendapat aku ni tak laku pun.. korang tengok la sendiri,aku komen berdasarkan video je., sebab aku pun tak datang perhimpunan tu, tak minat pun.biar lah diorang dengan kerja diorang, aku jadi pemerhati+penyokong senyap2 sudah.. Aku still tertanya-tanya, kenapa video camni tak tunjuk pada rakyat.? :D

aku buat entri ni lambat sikit.. hari ni baru nak komen, dok cari sumber pasal benda ni.. haish.. aku harap ada positif/hikmah di sebalik peristiwa ni. Dan aku harap pemikiran rakyat Malaysia ni lebih terbuka..berfikir la sikit, jangan asyik nak ikut orang.. cari sumber sendiri.

Istiadat Pertabalan Jin Di Istana Sultan Perak

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
 
surah ad-zariyyat : 56

"Jin itu wujud berdasarkan keterangan dari surah dalam Al-Quran di atas, sapa yang menolaknya maka berdosa besarlah kerana telah menolak satu ayat dari Al-Quran. berita pasal pertabalan jin ni aku tak pasti..sebab aku tak pernah masuk dalam istana sultan perak.. kat chandan puteri tu.. tapi aku teringat balik waktu pertama kali ustaz aku ceritakan pengalaman dia dan 39 rakan lagi untuk baca yassin dan sama-sama menghalau jin yang berada di istana sultan perak..pelbagai larangan dan pantang sekiranya korang pergi ke istana lama tersebut.tak percaya pergi sendiri ye ;D. dan aku nak kongsi ngan korang macam mane proses pertabalan jin ni.. hukum pun aku tak pasti.. maaf sangat.. korang boleh rujuk yang lebih pakar tentang agama...."
 
selamat membaca....





TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu, dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sebelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti oleh Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Setelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Setelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' keatasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan pertabalan Baginda Direstui. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERAS TANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkeraajan....)
 
 Tabal Adat
Istiadat Tabal Adat adalah upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dan dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini dilangsungkan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar-besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. Perkakas-perkakas Kerajaan termasuk senaskah kitab Al-Quran akan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu pedang Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, akan dipersembahkan kepada Raja Pemerintah baru. Ketua bentara, Toh Seri Nara Diraja, turut mempersembahkan Mastika Embun serta menyunting Cap Halilintar pada telinga kanan Paduka Seri Sultan baru sambil membisik Ciri yang dikenali sebagai 'Rahsia Nisab Sultan I' kepada Paduka Seri Sultan itu. Selepas itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja membaca Perisytiharan Pemasyhuran Pertabalan Paduka Seri Sultan. 

Nobat memainkan lagu 'Nobat Tabal'. Susulan daripada itu, Paduka Seri Sultan perkenan memasyhurkan penganugerahan gelaran 'Raja Perempuan' kepada isteri baginda sekiranya berketurunan Raja ataupun gelaran 'Raja Permaisuri' sekiranya berketurunan orang kebanyakan. Bunga pencawa pancara disemat oleh Paduka Seri Sultan pada ulu sebelah kanan isteri baginda. Perisytiharan Pemasyhuran Raja Perempuan juga dibaca oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Pakaian bagi istiadat ini adalah lengkap dengan bertengkolok. Bintang-bintang dan pingat-pingat kurniaan juga dipakai bersama.
 
Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.
 
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan. 

Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak juga merupakan salah satu adat yang unik. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot. 

Raja Cik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar. Rombongan bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora, untuk mengambil air serta dimasukkan ke dalam geluk.
 
Istiadat Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. Pakaian majlis ini adlah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di pekarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Cik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis. Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri. 

Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Cik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu. Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona.

Google+ Lebih Best Berbanding Facebook

Assalamualaikum w.b.t



Google plus+ telah dilancarkan baru - baru ini dalam versi BETA atau masih dalam pembinaan, aku tak ingat tarikh pelancaran BETA Google+ ni. Google+ adalah satu lagi laman sosial terbaru yang mungkin bakal menggantikan facebook. Lepas ni tak ramai la.. main facebook dah...hahaha..


Aku ade tengok sekilas pandang je tentang fungsi-fungsi yang ada pada google+ ni. And aku rase fungsi pada google+ ni amat menarik berbanding facebook. Meh sini aku kongsi ngan korang ape yang best nyer pada google+ ni.






1. Webcam Live Hangout

Hehe.. aku rase facebook ngan Google+ ni nak bersaing. Sekarang baru la facebook buat Webcam hangout.Webcam hangout ni maksudnyer dalam satu group boleh buat video calling.. contohnya ada 6 orang yang buat video calling.. so diorang boleh nampak muke kawan2 diorang tu.. fungsi dia macam skype.. kat facebook tu entah la.. malang  aku rase banyak bug lagi pada function facebook video call tu.. Then aku rase Google+ better.. dan lebih best.. takder masalah ape semua.. Rather Choose Google+ than facebook.




2. Instant Upload

Ni fungsi biase je, macam facebook jugak.. korang boleh upload Video, photo dan sebagainya.. Kalau kat facebook kita gelarkan satu album ada banyak photo digelarkan album. tapi Dalam Google+ digelar sebagai scrapbook.. amat menarik.

3. Circle Update Status

Maksudnye macam ni, Dia ajar kita macam duduk dalam satu meja.. Fungsi ni sebenarnya hampir sama dengan Facebook..Tapi lain sikit.. Kalau kat Facebook kita ada buat group ape sume.. kena create group la ape la.. yang ni tak perlu, korang boleh pilih samaada korang nak spread status korang tu cume ke group, Friends, family atau semua(public)..macam kolony rasenyer saya tak pernah pakai kolony nanti korang gune korang tahu la macam mane fungsi dia.. Menarik, Menarik, Menarik sangat..macam dalam Real Life je.. aku pilih google+ berbanding facebook.



dan  fungsi lainnya, seperti PROFILE kita.. Home n Live chat..  Fungsi Live Chat dia pun berbeza berbanding facebook.. kita boleh pilih kita nak live chat dengan sapa.. dan sape boleh tengok chat kita ataupun sape tak boleh tengok.. ;D.. Menarik bukan?..



ape2 pun.. di pagi yang cerah dan bersinar ini.. Elok Esok pun ade perhimpunan BERSIH 2.0 kat KL.. hahaha.Kesian orang KL.. sebab kena Tutup jalan.. aku Sarankan korang pilih google+ berbanding Facebook..

Dan, memandangkan Google+ ni masih dalam version BETA.. untuk mengelakkan overcapacity database diorang.. diorang dah setting untuk invited user je boleh masuk.. untuk register Google+ ni yang korang perlukan hanyalah Akaun Gmail.. yang boleh di cipta di www.gmail.com.

Sekiranya korang berminat, aku boleh tolong invite.. korang komen je  gmail korang kat bawah ni :D dan pastikan korang nak join mesti 18+ ke atas.. takpun pandai2.. la korang setting birthday dia..


link untuk tour 
plus.google.com

Wali - Aku bukan Bang toyib 2011 Album [Update Mediafire Link]


 DOWNLOAD

 http://www.sharebeast.com/5y5qk91xxlab

 Mediafire Link

http://www.mediafire.com/?e6lqfar4c54e3kr 

PASSWORD
deathnota 

 Track List Wali – Aku Bukan Bang Toyib (Full Album 2011)
Download :
Wali – Doaku Untukmu Sayang.mp3
Wali – Aku Bukan Bang Toyib.mp3
Wali – Aku Tidak Malu.mp3
Wali – Langit Bumi.mp3
Wali – Yang Penting Halal.mp3
Wali – Sayang Lahir Batin.mp3
Wali – Nenekku Pahlawanku.mp3
Wali – Masih Adakah.mp3
Wali – Sejuta (Setia, Jujur & Taqwa).mp3
Wali – Salam Rindu.mp3