rasa dah macam berape minggu tak update blog ni walaupun baru saje beberapa hari lalu aku da update. Aku nak cerita pasal satu program ni. Memang bagus untuk para pelajar.belia atau sesiapa sahaja yang dikategorikan manusia berakal malah orang tua sekalipun. Nama program ni adalah Program SHIELDS, tapi yang aku join ni sebenarnya melibatkan para pelajar je. Program SHIELDS ni membawa maksud "SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA".
Ok, program ni sebenarnya berkenaan dadah dan cara untuk menjadi pelajar cemerlang. Kes penagihan dadah yang berlaku di sekeliling kita tak ramai yang perasan melainkan orang yang melibatkan diri dalamnya seperti AADK(Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan lain-lain. Program ni telah disertai oleh lebih 40 orang pelajar yang diwakilkan oleh beberapa sekolah dalam daerah kuala kangsar,perak. Seperti SMK Temenggong, SMK Bukit Mercu (SEMBEM) , SMK SETAMAR, SMK Tun Perak, SMK Raja Muda Musa(RMM), SMK Sayong dan SMK Simpang Beluru. Ia telah berlangsung selama 3hari 2 malam di KEMAS, Sungai Siput.
Pelajar dikehendaki datang sebelum pukul 4 bagi melakukan pendaftaran di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) di sungai siput. Taklimat Program dan slot "ice breaking" atau suai kenal telah dijalankan dalam pukul 3-4pm. Selepas itu, Para pelajar menikmati minum petang dan solat asar dan beriadah bersama rakan-rakan pelajar yang lain dan tamat pada pukul 7p.m. Pada pukul 7p.m. , Para pelajar bersiap-siap untuk solat maghrib dan tazkirah. Slot disambung semula pada pukul 9p.m.. Slot "ceramah" itu telah disampaikan oleh "Taufik Suhaimi Bin Ahmad, Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualaiti JPN PERAK.
Dalam slot "ceramah" tersebut, para pelajar telah didedahkan tentang bahanya dadah, cara-cara untuk mengelak dari terjebak dalam penyalahgunaan dadah sambil di selitkan dengan kisah tentang bahaya akhir zaman dan jenayah-jenayah remaja. Selain itu, para pelajar telah didedahkan betapa pentingnya "AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR". Antara sebab-sebab Masyarakat Melayu di Malaysia terlibat dalam aktiviti jenayah adalah kerana kurangnya sikap "Amar Makruf Nahi Mungkar" ataupun "Berpesan-pesan sesama kita". Slot tersebut selesai pada pukul 10.30p.m dan disambung pula dengan "UJIAN AIR KENCING" untuk pelajar-pelajar, dan Tahniah kerana keputusan tersebut adalah "NEGATIF". Ujian habis pada pukul 12.30a.m, pelajar pulang ke asrama untuk tidur.
Hari kedua,Pukul 5.30 a.m peserta-peserta bersiap-siap untuk solat subuh dan sesi tazkirah. Peserta-peserta dikehendaki melakukan senaman pagi dan seterusnya bersarapan pagi. Pukul 8.a.m satu lagi slot ceramah telah dijalankan yang bertajuk "Erti kehidupan dan cara pengurusan hidup remaja". Tak kurang juga, Para peserta telah dapat melakukan aktiviti berkumpulan yang amat menarik. Pada malam nya pula, peserta telah didedahkan dengan statistik penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan raptai untuk majlis penutupan telah dijalankan.
Hari ketiga, Peserta dapat berkongsi pengalaman dari seorang bekas penagih dadah iaitu Encik Razali tak silap aku. Memang menarik. Majlis penutup dijalankan pada pukul 11.a.m. dan seterusnya pelajar bersurai pulang ke halaman masing-masing kira-kira pukul 1-2.pm.
Nak disimpulkan oleh aku, program ni banyak bagi manfaat. Banyak yang dah aku dapat dari program ni. Aku harap Program SHIELDS ini dapat diteruskan, Sekiranya boleh, Harap diadakan peringkat Negeri pula lebih meriah. Kepada kawan-kawan yang kenal aku, Mohamad Fahmi dari SMK Temenggong,Kati K.kangsar, kumpulan INVISIBLE TARGET, Harap dapat jumpa korang lagi. InsyaaAllah..
aku sempat ambil gambar sikit je, itupun pakai henpon.. sebab henpon semua kena simpan supaya tak ganggu perjalanan program dan disiplin kan peserta.. Ape2 pun Tahniah kepada yang dah jayakan program ni.. Harap dapat diteruskan lagi program macam ni..
Sekian..
No comments on "Program SHIELDS 2011 di KEMAS Sungai Siput,Perak"