sebelum tu mai aku ceritakan spesifikasi netbook 1Malaysia ni.
samsung netbook1 malaysia, aku pun tak tau la pasal netbook ni sangat..aku rase netbook ni dibekalkan oleh samsung.
kire ok la.. 250GB harddisk... Ram 1GB. First time aku dapat merasa netbook sendiri,free pulak tu..kire ok la tu kan.. kalau mau beli paham2 la harga berape. Tapi ade sedikit kemusykilan dalam pembahagian netbook ni.. aku harap skmm dapat bace blog aku ni.
ok. Kalau mengikut apa yang tertera dalam borang, pendapatan isi rumah bawah RM3000 saje boleh dapat. Tapi aku dapat dari pelbagai sumber ade yang atas RM3000 pun dapat. Diorang dah ade laptop, tapi bile dapat netbook ni diorang buat backup diorang je.
Selain itu, yang aku tak puas hati pasal pembahagian netbook ni. Ade satu sekolah secara umumnya aku cakap disiplin diorang amat rendah, pencapaian sekolah pun tak berapa nak baik berbanding sekolah aku. Yang peliknya satu sekolah tu dapat netbook menurut lagi satu sumber dari kawan aku.
Aku rasakan cara pembahagian ni memang tak adil, kat sekolah aku pulak yang jenis banyak kes disiplin semua dapat netbook1 Malaysia ni. Aku terfikir jugak 'benda ni diorang main bagi je ke?'. cikgu aku cakap pihak atasan yang kasi nama (SKMM) dan nama tersebut akan ditapis lagi kat sekolah tu.
Pelik jugak ade orang yang patut dapat TAK DAPAT tapi orang yang TAK PATUT DAPAT dapat benda teknologi macam ni. Kawan aku yang jenis takder langsung masalah disiplin pendapatan pun sama ja dengan yang ada masalah disiplin TAK DAPAT netbook tu..
Dan yang lagi satu, dari sumber tak rasmi jugak, dikatakan sepatutnya sekolah aku semua pelajar dapat netbook1 malaysia ni. Paham2 la kan..Sekolah kawasan kampung, penduduk pun kerja kampung je pun, mesti bawah RM3000. Kira-kira 700 buah netbook yang dihantar ke sekolah tak silap aku tapi malang,dalam 300 je diedarkan, selebihnya diorang ambil balik dan ramai yang tak dapat hasil dari pembahagian tersebut. Aku rase cam ade penyelewengan kat situ..malang jugak sebab takder bukti, yang aku nampak hanya lori tu datang ke sekolah, aku ingat waktu ni dia nak ambil kotak je..tapi aku tak nampak pulak diorang bawak balik kotak-kotak sekali netbook tu sebab waktu tu aku dah balik.. tak sabar2 nak bukak netbook baru. tu sebab aku cakap sumber tak rasmi, sumber yang takder bukti.
Aku amat berharap masalah ni dapat diselesaikan sebab ini hak orang, orang yang bertanggungjawab edarkan netbook ni sepatutnya amanah. Kesian kat orang yang patut dapat tapi tak dapat. Bukanlah aku ni seorang yang manja dengan subsidi..Mak, ayah aku pun tak bising sangat kalau Ron95 tu naik berape sen je. Bile fikir balik benda tu cukai dan boleh digunakan untuk kembangkan ekonomi negara..Kalau kerajaan nak buat ape pun dengan duit tu..terserahlah asalkan pada jalan yang betul.. Kalau duit tu diselewengkan.. tunggu la nasib kat akhirat nanti.
"kawan2 aku yang bermasalah ni, dapat netbook terus bubuh game..siap cakap, takmau datang sekolah pas dapat netbook tu". KAHKAHKAH..
No comments on "Pembahagian Netbook 1Malaysia Yang Tak Berapa Adil"