"kissla, saya rela serahkan jiwa dan raga saye kepade awak..".
Definisi jiwa dan raga adalah Jiwa dan Badan..
boleh juga didefinisikan sebagai Hati dan Jasad.
Betapa murahnya harga diri seorang gadis melayu kita, kerana sanggup menggadaikan maruah mereka kepada seorang lelaki. Lelaki tersebut hanyalah seorang "teman" bukanlah "suami". Lelaki tersebut bukanlah mahram kepada gadis tadi.
"awak, saya sanggup serahkan jiwa dan raga saya pada awak.. asalkan awak janji takkan tinggalkan saya"
Seorang gadis sanggup memberikan harga diri kepada seorang lelaki yang tiada perikatan yang halal dengannya.
Adakah kau bebal,dungu,jahil wahai gadis..
Di mana kau letakkan ajaran AGAMA ISLAM yang telah kau pelajari di sekolah?
Adakah semata-mata kau ingin mengikuti nilai BARAT yang menghalalkan diri diperdagangkan?
Adakah semata-mata kau ingin mengikuti nilai BARAT yang menghalalkan maruah digadaikan?
Di mana pula kau letakkan nostalgia ketika ibu memperingatkan kepada kau
"adik, jangan sesekali keluar dengan lelaki"
"adik, jangan sesekali ikut lelaki"
sanggup kau lupakan semua itu wahai gadis..?
Aku sebagai seorang lelaki..
JANGAN sesekali kau gadaikan maruah semata-mata hanya seorang lelaki, tidak kira adik, abang, teman lelaki.. atau cukup di dinoktahkan sebagai bukan mahram mu. Kau bukan murah wahai gadis, keperawananmu hanya untuk si lelaki yang bergelar "suami", bukan untuk si lelaki yang bergelar "boyfriend".. Semanis mana janji-janji seorang lelaki pada kamu
INGAT, JANGAN SESEKALI SERAHKAN MARUAHMU PADA MEREKA.
INGAT, JANGAN SESEKALI SERAHKAN MARUAHMU PADA MEREKA.
SELAMAT MENJAGA HARGA DIRI
Dan
SELAMAT HARI IBU
"Dan Kau bantulah aku melindungi maruahku dari lelaki-lelaki yang bukan mahramku, sesungguhnya Engkau MAHA MELIHAT lagi MAHA PELINDUNG dan Engkaulah SEBAIK-BAIK PELINDUNG Ya ALLAH".
No comments on "Gadis Mengapa Kau Begitu Murah ?"