Google+ Lebih Best Berbanding Facebook

Assalamualaikum w.b.t



Google plus+ telah dilancarkan baru - baru ini dalam versi BETA atau masih dalam pembinaan, aku tak ingat tarikh pelancaran BETA Google+ ni. Google+ adalah satu lagi laman sosial terbaru yang mungkin bakal menggantikan facebook. Lepas ni tak ramai la.. main facebook dah...hahaha..


Aku ade tengok sekilas pandang je tentang fungsi-fungsi yang ada pada google+ ni. And aku rase fungsi pada google+ ni amat menarik berbanding facebook. Meh sini aku kongsi ngan korang ape yang best nyer pada google+ ni.






1. Webcam Live Hangout

Hehe.. aku rase facebook ngan Google+ ni nak bersaing. Sekarang baru la facebook buat Webcam hangout.Webcam hangout ni maksudnyer dalam satu group boleh buat video calling.. contohnya ada 6 orang yang buat video calling.. so diorang boleh nampak muke kawan2 diorang tu.. fungsi dia macam skype.. kat facebook tu entah la.. malang  aku rase banyak bug lagi pada function facebook video call tu.. Then aku rase Google+ better.. dan lebih best.. takder masalah ape semua.. Rather Choose Google+ than facebook.




2. Instant Upload

Ni fungsi biase je, macam facebook jugak.. korang boleh upload Video, photo dan sebagainya.. Kalau kat facebook kita gelarkan satu album ada banyak photo digelarkan album. tapi Dalam Google+ digelar sebagai scrapbook.. amat menarik.

3. Circle Update Status

Maksudnye macam ni, Dia ajar kita macam duduk dalam satu meja.. Fungsi ni sebenarnya hampir sama dengan Facebook..Tapi lain sikit.. Kalau kat Facebook kita ada buat group ape sume.. kena create group la ape la.. yang ni tak perlu, korang boleh pilih samaada korang nak spread status korang tu cume ke group, Friends, family atau semua(public)..macam kolony rasenyer saya tak pernah pakai kolony nanti korang gune korang tahu la macam mane fungsi dia.. Menarik, Menarik, Menarik sangat..macam dalam Real Life je.. aku pilih google+ berbanding facebook.



dan  fungsi lainnya, seperti PROFILE kita.. Home n Live chat..  Fungsi Live Chat dia pun berbeza berbanding facebook.. kita boleh pilih kita nak live chat dengan sapa.. dan sape boleh tengok chat kita ataupun sape tak boleh tengok.. ;D.. Menarik bukan?..



ape2 pun.. di pagi yang cerah dan bersinar ini.. Elok Esok pun ade perhimpunan BERSIH 2.0 kat KL.. hahaha.Kesian orang KL.. sebab kena Tutup jalan.. aku Sarankan korang pilih google+ berbanding Facebook..

Dan, memandangkan Google+ ni masih dalam version BETA.. untuk mengelakkan overcapacity database diorang.. diorang dah setting untuk invited user je boleh masuk.. untuk register Google+ ni yang korang perlukan hanyalah Akaun Gmail.. yang boleh di cipta di www.gmail.com.

Sekiranya korang berminat, aku boleh tolong invite.. korang komen je  gmail korang kat bawah ni :D dan pastikan korang nak join mesti 18+ ke atas.. takpun pandai2.. la korang setting birthday dia..


link untuk tour 
plus.google.com

No comments on "Google+ Lebih Best Berbanding Facebook"

Leave a Reply