Peringkat - Peringkat IQ manusia | Anda di peringkat mana ?



Seperti yang telah dikatakan, IQ manusia berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat tersebut umumnya
boleh dikategorikan seperti berikut:

1. IQ istimewa atau genius.
Dalam bahasa Arab disebut ‘abqari’. IQ taraf pertama iaitu otak genius, ia melampaui cerdik. Bagi otak genius, kemampuannya bisa melahirkan teori baru dan ia tidak mengambil dari orang lain. Penemuan ilmu adalah dari dirinya sendiri, tidak kira dia Islam atau bukan Islam. Tegasnya, teori ini tidak ada pada orang lain. Penemuannya langsung tidak diambil dari orang lain. Ini dikatakan otak istimewa atau genius. IQ yang paling atas sekali. Di dalam istilah agama, orang IQ peringkat pertama ini adalah pembuat matan (falsafah dasar), seperti Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain imam mazhab.

2. IQ cerdik iaitu IQ peringkat kedua.
Ia tidak mampu melahirkan teori dan membuat penemuan ilmu baru tetapi hasil penemuan atau teori
orang genius tadi bisa difahami dan bisa dihuraikan dengan lebih luas lagi. Dia bisa memahami sesuatu
perkara yang mungkin tidak bisa difahami oleh orang lain. IQ peringkat ini luar biasa sebab bisa
menghurai matan. Di dalam dunia ini tidak ramai orang yang mempunyai IQ cerdik seperti ini. Dalam
bahasa Arab IQ cerdik ini disebut ‘zaka’. Orang yang cerdik ini dipanggil ‘zaki’. Contoh peringkat IQ
yang kedua ini seperti Imam Sayuti, Imam Fakhrurrazi dan sebagainya.

3. IQ cerdik biasa atau cerdik sederhana iaitu IQ peringkat ketiga.
Orang yang mempunyai IQ cerdik biasa ini bisa memahami apa yang dihuraikan oleh orang IQ peringkat kedua tadi. Tetapi oleh karena tidak mampu memahami kesemuanya maka dikeluarkanlah saja apa yang benar-benar difahami nya. Di dalam mentafsirkan sesuatu ia menjadi berkurangan. Jika dia menulis, buku dan huraiannya lebih panjang. Dia dipanggil tukang syarah. Lazimnya mereka ini adalah penulis
‘hasyiah’.

4. IQ normal atau sederhana.
Peringkat IQ ini adalah IQ kebanyakan orang. Ini IQ peringkat awam.

5. IQ lemah
Yakni di bawah IQ orang awam. Peringkat ini disebut bodoh.


6. IQ paling bawah
Ia disebut dungu.

Jika pemimpin, pendidik dan ibu bapa faham tentang kategori IQ ini, maka setelah selesai fardhu ainnya, dalam berhadapan dengan ilmu fardhu kifayah, mereka sudah tahu di dalam kumpulan mana hendak diletakkan pelajar-pelajar atau anak-anaknya, sepadan dengan tahap-tahap IQ mereka. Adalah malang bagi satu bangsa kalau ada kanak-kanak yang tinggal di ujung kampung, miskin pula, keluarganya bukan orang terkenal atau bukan kroni orang pejabat, hanya mendapat pendidikan se kedar kelas 6 tetapi IQnya genius. Bila dewasa, dia hanya jadi petani saja. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia ada lah aset bangsa. Begitu juga cerdik, iaitu IQ peringkat kedua dan ketiga. Kalau tidak disuruh mengaji dan diberi peluang belajar serta tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, alangkah ruginya bangsa. Sebab itu, manamana negara yang tidak ada keadilan, hanya anak-anak kroni yang mendapat peluang. Yang bukan kroni tidak didorong dan tidak diberi peluang. Hanya belajar sekedar kelas enam.Ini merupakan suatu kerugian besar buat bangsa tersebut. Inilah
 yang terjadi dalam negara yang tidak stabil politiknya. Anak-anak yang ibu bapanya berlainan
aliran politiknya menjadi mangsa. Sebab itu, kadang-kadang kita lihat di universiti-universiti, tidak ditemui ramai ahli fikir. Sebabnya, orang-orang yang IQnya baik tetapi miskin, orang tidak peduli dan tidak masuk universiti. Kesannya, ramai yang berada di menara gading bukan dari golongan ahli fikir. Mereka itu dapat title atau ijazah hanya karena bernasib baik mendapat peluang belajar. Kalau orang yang otaknya genius diberi peluang belajar di universiti, berapa banyak negara untung. Sebab itulah bangsa kita tidak ada ahli fikir. Tidak lahir pujangga dan pembuat kitab.
 










1 comment on "Peringkat - Peringkat IQ manusia | Anda di peringkat mana ?"

  1. "Adalah malang bagi satu bangsa kalau ada kanak-kanak yang tinggal di ujung kampung, miskin pula, keluarganya bukan orang terkenal atau bukan kroni orang pejabat, hanya mendapat pendidikan se kedar kelas 6 tetapi IQnya genius. Bila dewasa, dia hanya jadi petani saja. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia ada lah aset bangsa."

    betul sekali, di Indonesia banyak banget yang mengalami hal seperti itu... Sudahkah kamu menonton film "Laskar Pelangi"? atau membaca novelnya karya Andre Hirata? Itu salah satu gambaran yang terjadi di Indonesia...
    sekarang pun masih sama..

    tapi dalam sistem pendidikan yang serba materialistis begini mau gimana? suram sekali masa depan ini..

    di Indonesia, pendidikan menjadi ladang pemasukan loh!! Parah kan?!


    Imam Syafi'i, Hambali, Maliki, Ibnu Sina, al Khawarizmi, dll.. Mereka bukan hanya pandai ilmu agama tapi ilmu scient pun mereka ahli.. Itu semua karena sistem pendidikan yang berdasarkan Islam.. betul bro?

    ReplyDelete