Program SHIELDS 2011 di KEMAS Sungai Siput,Perak

Assalamualaikum...




rasa dah macam berape minggu tak update blog ni walaupun baru saje beberapa hari lalu aku da update. Aku nak cerita pasal satu program ni. Memang bagus untuk para pelajar.belia atau sesiapa sahaja yang dikategorikan manusia berakal malah orang tua sekalipun. Nama program ni adalah Program SHIELDS, tapi yang aku join ni sebenarnya melibatkan para pelajar je. Program SHIELDS ni  membawa maksud "SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA".



Ok, program ni sebenarnya berkenaan dadah dan cara untuk menjadi pelajar cemerlang. Kes penagihan dadah yang berlaku di sekeliling kita tak ramai yang perasan melainkan orang yang melibatkan diri dalamnya seperti AADK(Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan lain-lain. Program ni telah disertai oleh lebih 40 orang pelajar yang diwakilkan oleh beberapa sekolah dalam daerah kuala kangsar,perak. Seperti SMK Temenggong, SMK Bukit Mercu (SEMBEM) , SMK SETAMAR, SMK Tun Perak, SMK Raja Muda Musa(RMM), SMK Sayong dan SMK Simpang Beluru. Ia telah berlangsung selama 3hari 2 malam di KEMAS, Sungai Siput.


Pelajar dikehendaki datang sebelum pukul 4 bagi melakukan pendaftaran di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) di sungai siput. Taklimat Program dan slot "ice breaking" atau suai kenal telah dijalankan dalam pukul 3-4pm. Selepas itu, Para pelajar menikmati minum petang dan solat asar dan beriadah bersama rakan-rakan pelajar yang lain dan tamat pada pukul 7p.m. Pada pukul 7p.m. , Para pelajar bersiap-siap untuk solat maghrib dan tazkirah. Slot disambung semula pada pukul 9p.m.. Slot "ceramah" itu telah disampaikan oleh "Taufik Suhaimi Bin Ahmad, Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualaiti JPN PERAK. 

Dalam slot "ceramah" tersebut, para pelajar telah didedahkan tentang bahanya dadah, cara-cara untuk mengelak dari terjebak dalam penyalahgunaan dadah sambil di selitkan dengan kisah tentang bahaya akhir zaman dan jenayah-jenayah remaja. Selain itu, para pelajar telah didedahkan betapa pentingnya "AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR". Antara sebab-sebab Masyarakat Melayu di Malaysia terlibat dalam aktiviti jenayah adalah kerana kurangnya sikap "Amar Makruf Nahi Mungkar" ataupun "Berpesan-pesan sesama kita". Slot tersebut selesai pada pukul 10.30p.m dan disambung pula dengan "UJIAN AIR KENCING" untuk pelajar-pelajar, dan Tahniah kerana keputusan tersebut adalah "NEGATIF". Ujian habis pada pukul 12.30a.m, pelajar pulang ke asrama untuk tidur.


Hari kedua,Pukul 5.30 a.m peserta-peserta bersiap-siap untuk solat subuh dan sesi tazkirah. Peserta-peserta dikehendaki melakukan senaman pagi dan seterusnya bersarapan pagi. Pukul 8.a.m satu lagi slot ceramah telah dijalankan yang bertajuk "Erti kehidupan dan cara pengurusan hidup remaja". Tak kurang juga, Para peserta telah dapat melakukan aktiviti berkumpulan yang amat menarik. Pada malam nya pula, peserta telah didedahkan dengan statistik penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan raptai untuk majlis penutupan telah dijalankan.

Hari ketiga, Peserta dapat berkongsi pengalaman dari seorang bekas penagih dadah iaitu Encik Razali tak silap aku. Memang menarik. Majlis penutup dijalankan pada pukul 11.a.m. dan seterusnya pelajar bersurai pulang ke halaman masing-masing kira-kira pukul 1-2.pm.




Nak disimpulkan oleh aku, program ni banyak bagi manfaat. Banyak yang dah aku dapat dari program ni. Aku harap Program SHIELDS ini dapat diteruskan, Sekiranya boleh, Harap diadakan peringkat Negeri pula lebih meriah. Kepada kawan-kawan yang kenal aku, Mohamad Fahmi dari SMK Temenggong,Kati K.kangsar, kumpulan INVISIBLE TARGET, Harap dapat jumpa korang lagi. InsyaaAllah..




aku sempat ambil gambar sikit je, itupun pakai henpon.. sebab henpon semua kena simpan supaya tak ganggu perjalanan program dan disiplin kan peserta.. Ape2 pun Tahniah kepada yang dah jayakan program ni.. Harap dapat diteruskan lagi program macam ni..

Sekian..


Maksiat Inside | Pesanan Buat Yang Berpasangan (Couple)

Kenapa Kes Buang Bayi Banyak Melibatkan Couple Melayu Islam ?


“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat (berduaan) dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu (menghasut melakukan seks sebelum nikah).”(Hadis riwayat Ahmad)



RUMUSAN

Jatuh hati ==> Mengurat ==> Berdating ==> Isytihar Couple ==> Berdating Advanced
==> Syaitan Masuk Jarum ==> Pegang Tangan ==> Syaitan Masuk Jarum
==> Peluk Pinggang Dan Bahu ==> Syaitan Masuk Jarum
==> Ringan- Ringan (Cium & Raba) ==> Syaitan Masuk Jarum
==> Seks Luar Nikah ==> Termengandung ==> Gelabah@Takut Malu
==> Boyfren Taknak Bertanggungjawab ==> Terberanak
Syaitan Masuk Jarum ==> Buang Bayi

Jadi, apa yang korang banggakan dengan status dalam sidebar blog
"kami telah ber'couple' selama 3 tahun"



**Sila Jangan Ikut Aksi-Aksi Di Bawah**
**Pergaulan Lelaki Perempuan Perlu Ada Batasan**
**Ingat Pada Allah**
**Ingat Pada Mak Ayah**
**Ingat Pada Kehormatan Diri**
**Wanita, Jangan Mudah Menyerahkan Tubuh Pada Boyfriend**
**Seorang Boyfriend Belum Tentu Mahu Menjadi Suami Kamu**



















Pasangan Suami Isteri Yang Sah Tidak Perlu Susah-Susah Mencari Jalan Terdesak Untuk Berkasih-Kasihan. Tidak Perlu Mencari Lokasi Tersembunyi Untuk Memadu Kasih, Kerana Mereka Pasangan Yang Sudah HALAL.
Oleh Itu, Kalau Sudah Kenal Dan Suka Sama Suka, NIKAH Cepat-Cepat !!
Jauhi Maksiat !!



Terima kasih dari deathnota kepada


Jika Kamu Ada Anak Perempuan, Adakah kamu Sanggup Melihat Boyfren Anak Kamu Memeluk, Memegang Dan Bermaksiat Dengan Anak Gadis Kamu ?





by -xdeath

Ubuntu Skin Pack untuk Window 7

suddenly, ade mood nak update blog deathnota ni lagi. saya nak kongsi dengan saudara - saudari semua tentang ubuntu skin pack ni. Ubuntu ni sebenarnya apa? Ubuntu ni sebenarnya salah satu sistem operasi contohnya kita ada windowXP, Window7, Android(Netbook) dan sebagainya. Ubuntu based on linux tak silap saya. Sistem Linux susah untuk dijangkiti virus kerana dia tak support extension file sama seprti window. Contohnya .exe file. Linux tak support .exe file melainkan ade satu program yang membolehkan linux untuk jalankan .exe file tersebut seperti wine.




Apa yang nak dikongsikan oleh xdeath sebenarnya Ubuntu Skin pack untuk window ni. Amat menarik kepada sesiapa yang berminat ingin menggunakan linux tetapi tidak tahu cara untuk format linux untuk komputer anda. Program ini akan menukarkan tema desktop anda sama seperti linux tetapi sistem anda tidak berubah, Masih di dalam Window7.

ingin mengetahui lagi apakah ubuntu?
layari www.ubuntu.com

Password : deathnota
DOWNLOAD

http://www.mediafire.com/?2y2sfk2970bwfah


UNITY ROCKET DOCK

http://www.mediafire.com/?g0vve55bh6sbmdl


Download kedua-dua file di atas dan setup ubuntu skin pack for window7 dan Unity Rocket Dock.
Selesai dan Enjoy.