Zalora my menipu customer lagi



problem dengan tajuk kat atas? staf zalora ade masalah ngan aku? sila pergi mati!.
*firstly xdeathx nasihatkan hangpa jangan la beli kat zalora.. serius. jangan tertipu ngan katalog yang bubuh banyak baju berjenama bodoh diorang walaupun korang tengok diorang promote kupon murahan diorang kat korang. n ramai yang dah terkena.. boleh cek kat google.

ini baru saje happened kat aku.. ak ni tak suka rebel.. tapi ak panas bila orang menipu ni. jumlah tu takder la banyak tapi tipu tetap tipu? korang nak kata aku sabotaj zalora? ye memang ak nak sabotaj ak harap orang boikot terus zalora ni..tak payah beli dah.. mengarut menipu kuat. n complain sangat banyak kat diorang.. tambah2 sekarang ramai orang ade blog kan? jadi korang boleh cek sendiri kat google  berapa banyak kes yang zalora ni dah buat dengan customer diorang.. ok aku cerita ikut turutan kejadian eh. 

sebenarnya ak tengok zalora ni macam takder masalah.. kira berjaya la kan. ade duit nak iklan kat tv,radio bagai. ak pandang hebat la jugak zalora ni. Ada sorang kawan aku si S ni nak sangat baju.. jenama la hape la. ak sebenarnya tak kisah sangat ngan jenama. asal baju quality,sedap pakai sudahlah... selalu ak beli kat nile.com.my ja.. walaupun quality biasa je tapi memang patut la ngan harga dia, harga murah, iklan dia pun betul.... boleh lepas pakai2 kat rumah.. kan? selalunya sebelum ak beli barang aku akan cek dulu kat internet.. seller ni boleh percaya atau tak. jadi disebabkan ak percaya iklan tv,radio.. tengah gah je. .takkan diorang nak menipu plak kan? 

ok cerita dia macam ni...
berapa hari yang lepas ak gi la order kat zalora.com.my ni . 2 item yang aku order.. aku tengok harga memang takder masalah sangat sebab barang pun brand kan? jadi takper la..ala setakat baju puluh2 ringgit tu. total memang tak sampai RM100.. tolak kupon RM20 bagai. kira dapat murah la jugak. tapi murah2 pun baju tu ada la atas RM50. first order tu.. total item RM 85.75 ( ak nak copy gambar tapi malas plak).

ak rasa berat jugak mula2 nak beli baju situ. tak tau la kenapa. hati aku macam kata.. tak payah la.. tak payah la.. sebab degil sangat ak beli je la. itupun sanggup diorang call aku mintak payment..jd esok nya ak pun gi la bayar.. lepas bayar dah upload resit semua kat link yang dia bagi dari email.. yang sengalnya takder confirmation langsung atas bayaran ak.. email takder ape takder..n kat item chart dalam akaun pun diorang tak update.tapi nyaris la ade livechat kat situ.. jadi boleh la lepas perasaan sikit kat livechat tu. ak tanyer diorang dah confirm ke belum.. diorang kata hari isnin bahagian kewangan diorang akan semak =.=''.. sorang je ke kawal bahagian kewangan?

aku plak kena email diorang n tulis tanya status order camne.. status payment macam mana... tapi tu aku tak kisah sangat.. dah dapat confirmation hari isnin.. lepas confirmation tu aku tanyer lagi.. ak tanyer pasal barang dah shipping ke belum? orang livechat tu sape tah Brian ke ape tah.. kata dah shipping.. bagi tracking number Gdex ape seme.. ngan Gdex tu aku takder masalah pun.. diorang buat kerja ok.. 3 hari masa bekerja baru dapat item tu. tapi dia kata aku punya satu lagi item yang aku order takder stok. ait? nape aku tak dapat email pun?takder notify langsung.. dalam site pun takder.. yang ak tau telefon ak ada no. baru tak tau no. sape..aku rase diorang la kot nak bagitau stok abis..haish ape salahnya hantar email? takpun notify dalam akaun aku kan lagi senang? 1 item je dia hantar dapat dalam kotak. bagus la.. item tu pun ak rase betul. baju belang2 tu dah dapat.. 

disebabkan 1 item tu aku tak dapat sebab abis stok jadi aku mintak diorang refund balik.. duit tu. ak pun sebenarnya rambang mata tengok baju kat zalora ni. semua barang gempak n branded..kat livechat diorang.. aku tanya macam mana u nak refund balik duit untuk 1 item lagi tu.? customer support dia bagitau yang diorang boleh refund sama ada nak pulangkan duit atau refund dalam bentuk voucher..ak kata tak payah la pulangkan duit. bagi bentuk voucher je la.. sebab ak nak beli baju kat situ..lagipun ak tak percaya sangat diorang ni.. lembab.. lagipun boleh guna voucher tu untuk beli apa2 item n valid dalam 365 hari..1 kes ni aku panas jugak.. kata nak bagi voucher code esoknya.. tapi jenuh aku email 2 hari lepas tu baru dapat.. lepas ak tulis complain kat facebook.. baru la nak sent. malam tu aku bengang la jugak ak hantar livechat.. sekor pun takder.. selalu ade je.. jawab.. aku guna la voucher tu beli satu baju brand checkmate.. ala yang checkmate - the royal clothing tu.. ok 

ni ha link
http://www.zalora.com.my/Short-Sleeve-Contrasted-Check-Shirt-82108.html

tapi yang aku dapat cap ayam .. entah dari mana tah,.. kuat gila zalora ni menipu

jadi aku tunggu la.. harini dapat item. .tapi malangnya ak dapat cap ayam punya baju bukan checkmate.. fak off la zalora.. agak2 la nak kelentong. yang paling panas aku livechat la..ak  bagitau pasal item ak dapat cap ayam punya.. ade ke boleh dia kata "ada kesilapan dekat zalora". =.=''  macam la aku budak tadika umur 5 tahun nak percaya kata-kata tahi diorang. jujur la sikit.. bukannya robot yang pakej barang tu..kalau jadi sekali takper la. tapi aku tengok kat satu blog ade bagitau dia pun kena kes macam ni..kawan aku sorang pun kena sampai sebulan baru dapat balik barang.. ni nak kelentong customer pun agak2 la.. dah tu aku sembang buat smiley senyum kat aku.. palehotak dia... jawab pun macam hape je. dia suruh aku return item tu.. ak cakap ak taknak deal dah.. n nak dedah benda ni kat orang ramai.. cadangnya ak nak refund balik.. la. tapi hati aku panas.. ak cakap kat dia tak payah refund.. biar orang tahu zalora ni macam mana.. aku taknak deal dah kat zalora.. last sekali aku tulis go dai je kat livechat tu.. 

some screenshot from random blog





aku rase ni semua kes lame.. tapi dah lame pun takkan still taknak fix..? dickhead zalora.


why aku taknak refund? sebab bila  buang masa aku tunggu barang.. n ada kes sampai sebulan baru dapat barang balik..ramai orang kena macam ni.. dapat defective item la.. nasihat aku jangan la beli kat zalora.. iklan gempak tapi servis n management diorang macam tahi.

sebenarnya banyak ak nak ss.. live chat tu pun ak nak ss. sebab aku marah sanagt.. ak tutup je la. sori takdapat nak bagi livechat ss.. seme.

aku rasa logik cara diorang ni.. bila diorang return lambat.. item lambat sampai jadi buat customer malas nak tunggu item.. then lupakan pasal order tu..  bila banyak sangat free ni akibatnya.. free shipping palehotak dia.. dah tu bungkusan dalam parcel je.. selalu dalam kotak.. tu pun buat aku rase pelik. ke memang diorang nak aniaya aku sebab aku banyak songeh sangat kat livechat diorang.. tanya macam2. =.=''

Apa itu "Genre" ? - Panduan Memuat turun filem Dan Manga

Apa itu Genre

Genre adalah kategori. Kategori adalah pengelasan kepada sesuatu. contohnya muzik, muzik mempunyai pelbagai kategori seperti pop,rock,techno dan sebagainya.

Terdapat pelbagai genre dalam filem..
Action
Aksi,beraksi. filem aksi bermaksud filem yang  wataknya menunjukkan pelbagai aksi seperti 

Adult
kategori khusus orang dewasa. Yang mencakup didalamnya itu seperti adegan
kekerasan dan/atau seksual dan/atau ketelanjangan.


Adventure
mengkategorikan kisah perjalanan karakter dalam cerita. Biasanya kisah diatur
untuk menyelesaikan misi-misi.


Comedy
Komedi adalah lucu,kelakar.


Drama
Sesebuah filem tu ada kisah-kisah yang boleh manipulasi emosi penonton. macam citer hindustan tu la

Ecchi
Berbaur seks. seperti pakaian bikini, dan, ya apa lagi, telanjang-lah.
 namun tidak menunjukan hubungan seksual yang lebih. Yang ni anime banyak la.


Fantasy
Terjadi di dunia antah berantah entah dimana-lah, tidak terbatas pada sihir,
dunia mimpi, atau pun dongeng.


Gender Bender
karakter yang bermain bertindak sebagai lawan jenis dengan cross-dressing,
atau mungkin operasi, mungkin juga dengan sihir, dll ...


Harem
satu laki-laki dikerumuni ramai perempuan.


Reverse Harem
satu perempuan dikerumuni ramai lelaki.


Historical
Mengisahkan sejarah. Menceritakan di kala itu atau mungkin juga kisah flash-back.


Horror
Movie yang seram.

Josei
Kisah asmara/cinta yang lebih realistis dan kurang ideal. Khas untuk
perempuan usia 18-30.


Martial Arts
Semua yang berhubungan dengan seni bela diri (karate, judo, dll ..)


Mature
usia 17 kebawah DILARANG! Manga dalam genre ini jelas mengandung adegan
kekerasan, brutal, seksual dan/atau penggunaan bahasa yang lepas.


Mecha
Berkaitan dengan Robot, mesin.


Mystery
Peristiwa aneh dan tidak jelas. Biasanya karakter yang bermain diatur untuk mengungkap
semua itu.


Psychological
Biasanya berkaitan dengan cara pemikiran karakter. Abnormal lebih sering ditonjolkan.


Romance
kisah cinta. Ohh--cinta.


School Life
Jalan cerita lebih sering terjadi di sekolah.


Sci-Fi
science fiction. Menceritakan dunia di mana teknologi atau ilmu pengetahuan beberapa
langkah lebih maju.


Seinen
Biasanya berhubungan dengan masalah dewasa. Ditunjukan untuk orang lelaki berusia 18-30.


Shoujo
Biasanya melibatkan percintaan dan pengembangan karakter. Ditunjukan untuk
perempuan berusia 10-18.


Shoujo Ai
Hubungan dekat antara wanita, dan tidak bertemakan dewasa.


Shounen
Biasanya melibatkan pertempuran dan/atau kekerasan. Terutama ditunjukan untuk
laki-laki berusia 10-18.


Shounen Ai
hubungan dekat antara laki-laki, dan tidak bertemakan dewasa.


Slice of Life
Kehidupan sehari-hari yang umumnya kita alami.


Smut
berbaur seksual, namun tidak terlalu terang-terangan


Sport
Berhubungan dengan olahraga.

Supernatural
Melibatkan kekuatan yang tidak dapat dijelaskan/peristiwa yang menentang
hukum ilmu pengetahuan modern/fisik.

Suspense
cerita yang mengejutkan, sehingga pembaca akan
terus dibuat bertanya dan/atau menebak jalan cerita berikutnya.


Tragedy
mempunyai peristiwa besar. lebih kepada kerugian juga kemalangan.


Yaoi
Hubungan intim antara laki-laki. (gay kot)


Yuri
hubungan Intim antara perempuan. (musahaqah atau lesbian)


Doujin atau Doujinshi
sebutan untuk manga yang dibuat oleh fans. biasanya untuk dibuat pelesetan,
mengarah ke genre lucah.


Hentai
berfokus pada tindakan seksual. Hanya untuk orang dewasa.

Kodomo
Manga anak-anak untuk usia 6-11 tahun. Manga cenderung mengajarkan moral
dan perilaku yang baik dan benar.

Lolicon
karakter dalam manga yang memiliki hubungan dengan anak perempuan di bawah umur. 18sx jugak ni.


Shotacon
Karakter dalam manga yang memiliki hubungan dengan anak laki-laki di bawah umur. ni pun 18sx. 



18SX ke ape ke. benda lucah haram tetap haram bagi Orang Islam.



Terima kasih kepada Ganool.com :D

Sham Kamikaze - Tears Of Repentance Download

 

assalamualaikum.. 

"yg mengkompose instrumental ni n memetik lead gitar ni sahaja yg faham benar akan liku-liku hidupnya sblum kembali kepadaNya dgn penuh keinsafan dan rasa rendah diri....kepada yg melalui jalan yg sama....feel dalam melodi ni mmg menusuk perasaan sebak dan syukur kerna sentiasa diberi ruang dan peluang tuk sujud pada Tuhan..."
komen dari youtube..

jadi xdeath tolong buat kan audio file untuk sape2.. yang nak.. xdeath ambil dari sebuah video yang diupload oleh pelajar uitm.. jadi credit jugak kat video tu.. video tu ada kat youtube. boleh search. .tangisan keinsafan.

ni link untuk download mp3 beliau..

credit to xdeath.. kalau nak copy sila bubuh link blog ni.. :)


http://www.mediafire.com/?m86fceuhtohwxsi

Xperia X10 Mini | Rooting dan Cara Apply Custom Rom Gingerbread 2.3 dan Custom Kernel PT1

Huh, lame tak update blog ni :). Takder Idea .. Hari ni baru datang Idea tu.. Ok kita teruskan dengan tutorial kita kali ini.

PART1 ( ROOTING guna SuperOneClick )


Xperia X10 mini mampu di upgrade kepada Android 2.1 a.k.a Eclair dengan menggunakan SEUS Updater (Sony Ericcson Updater Service). Ia juga mampu diupgrade kepada Android 2.3 Gingerbread dengan cara flash beberapa rom ke dalam xperia x10 mini. Xda developers forum telah mod pelbagai jenis ROM yang boleh digunakan dalam xperia x10 mini. Peranti Eclair terhad untuk menggunakan aplikasi yang dikeluarkan untuk peranti gingerbread. Oleh itu, dengan cara apply custom Rom ke dalam Xperia X10 mini, Aplikasi yang memerlukan Android Gingerbread beroperasi berupaya digunakan di dalam xperia x10 mini.



Antara Custom Rom yang Popular untuk Xperia X10 Mini ialah


MiniCM7


GingerDX v16


MiniCM7 dan GingerDX antara Rom yang popular dan paling stable dalam Android. Jangan Risau, Semua fungsi dalam rom ni berfungsi dengan baik.



CARA APPLY CUSTOM KERNEL DAN ROOT


LAKUKAN ATAS RISIKO SENDIRI

Pertama Sekali

Sila sediakan toolbox untuk buka henfon xperia x10 mini ni..in case xperia korang bricked.. . skru bunga saiz untuk skru henfon.

Sila sediakan SEUS Updater ( ni untuk kes-kes henfon bricked ..XperiaX10 mini tersangkut kat sony ericcson logo) :).. tapi jangan risau masalah boleh selesai.. kalau tak selesai hantar la kedai..berape puluh riyal je ;D.

sila sediakan kabel usb untuk sambungkan henfon ke komputer contohnyer.. usb model CA-101D (nokia) kabel usb ni work untuk xperia x10 mini.

hurmm.. ape lagi eh.? itu je kot..

yang penting KEBERANIAN..

Pertama sekali kita kena Root kita punya fon.. pastikan xperia x10 mini menggunakan android 2.1 eclair update-1.. kat about phone.

camni ha..
ambil orang lain punyer snapshot..sebab snapshot sendiri takdak


Kalau  korang punyer spesifikasi sama dengan yang atas.. Teruskan :)

Fungsi ROOT  kita boleh explore filesystem phone untuk sony Xperia x10 mini.. Selain korang boleh install App dekat market android yang perlukan ROOT. apabila ROOT serta merta henfon korang punyer warranty dah tak boleh pakai :D

*ROOT diperlukan untuk flash Recovery dan flash custom kernel.. dan custom kernel diperlukan untuk run MiniCM7..

Download dan Extract SuperOneClick
---------------------


Password : d34thn0t4

-------------------------

Mulakan

Ok.. pegang henfon korang.. dan pergi pada

SETTING-> APPLICATIONS -> DEVELOPMENT -> TICK USB DEBUGGING.


Sambungkan henfon korang ke PC..

Execute(buka) Superoneclick.exe




ok sekarang.. tunggu.. sehingga popup keluar :).. ni screenshot dari google.


nanti dia akan keluar
"do you want to test SU command?" <- kira camni la ayat dia.

korang klik no dan Reboot Henfon korang.. :)

sekiranya nampak Application SUPERUSER dalam Drawer App korang.. Maka Rooting telah pun berjaya..kalau tak faham..silalah.. tinggalkan komen kat bawah.. :)

Bersambung dalam Entri Part2..

sekian..





 

Captain America, Green Lantern & Transformers PPVRIP: Dark Of The Moon Download

Captain America, Green Lantern & Transformers PPVRIP: Dark Of The Moon Download

hehe.. aku update lagi :D selamat download... captain america takder fileserve link..sebab semua dah mati.. ade enterupload je.. :D

No Fake - Good Quality Rip Movie - Almost Dvd Rip Quality
aku jamin!!! 





http://www.enterupload.com/kagbst8camn0/pvmrpop.2011.duasatu.com.mkv.html






FIleserve
part1: http://www.fileserve.com/file/2ntq66P
part2: http://www.fileserve.com/file/fz9T5cz





FIleserve
part1: http://www.fileserve.com/file/SNsEKFw
part2: http://www.fileserve.com/file/AtrNzsm


Bagi aku PPVrip ni lebih Bagus Dari CAM.. PPVrip bermaksud PayperViewRip.. yang selalunya dijalankan di hotel2 di luar negara.. maksudnya kalau nak tengok movie kena bayar la.. waktu dia mula2 keluar dulu..ala kalau kat malaysia ni kira macam astro tu..la.. Astro Movie yang bayar 1 citer RM15 tu..

Selamat Muat Turun..jangan buat CD cetak rompak plak.. :P

Eset Nod32 Antivirus 4 Lifetime Patcher - update 5/9/2011

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat..




hehe, pagi - pagi buta ni la aku ade mood nak update. Teringin sangat aku nak berkongsi ngan korang satu tools yang boleh kasi Nod32 Antivirus korang boleh update tanpa memerlukan Username dan Password. Selalunya ramai orang yang cuma guna Offline Update, Dengan cara Muat turun signature virus database update dari official page Eset. Sebenarnya aku dah lama jumpa tool ni, memandangkan baru tadi Nod32 dah patch benda ni jadi aku ingat dah tak boleh dah la nak Lifetime updater tanpa username and password.

Tapi, hasil dari carian google jumpa pulak fix untuk lifetime updater yang membolehkan korang automatic update virus signature database untuk Nod32. Malam ni aku terbuka hati untuk berkongsi dengan korang, tapi takder detail tutorial tetang benda ni, aku cuma bagi secara ringkas je. Kalau nak tutorial bergantung kepada komen yang aku dapat. Kot2 ade orang request je.. baru la aku akan buat tutorial


Baiklah, nama tool ni adalah lifetime updater. Tool ni aku tak pasti cara dia berfungsi macam mana, yang aku pasti benda ni mudah untuk digunakan walaupun tukang buat tools ni aku tak kenal langsung ;D. Korang kena gunakan tools ni kat Nod32 versi 4 je.. versi 4 tu kira latest la tu.. yang biasa aku try kat Nod32 "Antivirus" versi 4 je.. bukan edisi "Smart Security" atau sebagainya.


ni aku kasi hint cara dia, mana yang dah pro bab IT mesti boleh punyer.. yang mane yang tak reti tu.. boleh la request kat komen atau dari gmail aku.


Cara - caranya ialah :

1.korang perlu download Nod32 Antivirus kat sini


http://www.eset.my/


pastu korang kena download ni patcher ni pulak... korang memerlukan 7zip/winrar/freearch/universal extractor atau ape saje program yang boleh extract zip/rar archive.


Download Lifetime Patcher 1.52 fixed 5/9/2011


Password Updated


d34thn0t4

2.lepas download.. korang extract la patcher tu kat desktop.. dan reboot pc korang.

3.korang reboot window korang, waktu paparan bios tu korang masuk ke dalam mode "SAFEMODE" dengan cara tekan F8 berulangkali semasa paparan bios dan pilih "SAFEMODE".


4.waktu ni, korang install la Antivirus Nod32 tadi.. 


5.lepas abes install, korang run patcher.. dan klik pada enable..


6. Akhir sekali, Restart window seperti biasa dan terus cuba untuk update Nod32 Antivirus Signature Database..pastinya boleh tanpa username dan password.

secara ringkasnya *

in safemode, run lifetime updater tadi..

install antivirus..

boot window dalam safemode...

apply patch...

:) dan dia akan jadi cam kat bawah ni.. ni baru je aku update.. pagi aku tulis post ni.. tak payah offline update.. direct je update..auto pulak tu.. 
 










UPDATE


Klik Download Lifetime Patcher
Download Lifetime Patcher 1.52 fixed 5/9/2011


Password Update

d34thn0t4


Selamat Hari MerdekaRaya

"Setahun sekali engkau mari,
   Sebagai berita gembira kepada orang yang beriman..
 Dan kali ini engkau engkau pergi,
    Bulan Syawal menjadi pengganti...
 Engkau Ramadhan bulan yang muliaaa...



Assalamualaikum, to all the visitor :D

Xdeath, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga ibadah pada bulan ramadhan kita diterima oleh Allah. kepada semua pengunjung-pengunjung dan follower Deathnota. Xdeath tak dapat nak update blog.. disebabkan kemalasan.. n macam2.. la yang menghalang xdeath dari update blog.. Maaf dari hujung rambut sampai ujung ibu jari kaki.

Ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal bakal mengganti bulan tersebut mungkin pada Selasa atau Rabu nanti. Kita tengok ajela ye ape yang bakal diumumkan oleh penyimpan mohor besar diraja nanti. Kalau hari selasa masih lagi sehari berpuasa iaitu 30 haribulan 1-30 august bersamaan sebulan berpuasa.

"Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
"
- Saloma

lagu saloma ni.. haha..  tapi ade satu lagi sumber.. aku dah lupa.. tapi termasuk dalam bab agama.. lupe dah hadis tu. anyway, bersabar ye.. lagi berapa hari lagi pun..

Raya tahun ni pun takder la meriah mana macam waktu aku kecik-kecik dulu.. maklum la. zaman remaja ni macam2.. kan.. dengan test, spm, pmr ape semua.. dah la benda ni penting sangat.. duit raye pun rasanya dah tak dapat.. takper, duit raye bukan ibadat.. cume adat je.. orang duk bubuh dalam sampul.. tapi niat sedekah dapat jugak pahala.

kepada yang tak dapat cuti beraya tu sabar aje la.. lain tahun ade lagi. yang tiket bas terkoyak atau terbakar ke..tak dapat nak balik kampung.. Redha je la.. insya'Allah lain kali ade la tu rezekinya...

lagi satu, ramai yang mesti lupe hari kemerdekaan negara kita pada tanggal 31 August 1957. . :D hekhek.. tahun ni langsung tak kedengaran lagu kemerdekaan apabila hampir dengan aidilfitri..sebelum hampir aidilfitri.. ade la kedengaran sikit..

aku tutup entri kali ni dengan..

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. 
Semoga kita semua dapat berjumpa di bulan ramadhan yang seterusnya.. :D..

terima kasih kepada mathlutfi atas video ni :D








Tips Belajar Saat Akhir Untuk Student SPM/PMR




1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.



4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

 -ketampja

Muat Turun Windows8 Pre Xtreme 2011 - Remix of windows7

 PERHATIAN!!!
*Bukan window8 yang sebenar, cuma remix edition dari windows7. Tapi, aku pakai yang ni best je.. :D New GFX. dia ada sikit je ubah2.










 Detail :

Full .iso, burn kat dvd pastu format macam biasa.. yang ni dah siap cracked.. tak payah nak bubuh2.. product code dah.

Design:
- New Windows 7 Themes
- New Start Button
- New Cursor 3D
- New Hd Wallpapers
- New Hd System Icons Integrated In System
- New User Account Pics
- New Windows Scheme Sounds
- New Logon Screen
- … and more
Extra Toos Integrated In System:
- SPTD
Extras:
- Cursor Fx Cursor 3D (separate optional)



 Filesonic



Untuk Free User Yang Takder Premium account boleh download semua part ni then extract.
Part 01 Download | Part 07 Download
Part 02 Download | Part 08 Download
Part 03 Download | Part 09 Download
Part 04 Download | Part 10 Download
Part 05 Download | Part 11 Download
Part 06 Download | Part 12 Download

 

Muat Turun Buku Permata Yang Hilang - Khas Pasangan Yang Baru Berkahwin

\
 karya - Ibnu Yusoff

 Buku Permata Yang Hilang adalah hanya TERAMAT sesuai dibaca untuk semua yang telah BERKAHWIN.

Tidak sesuai untuk bacaan yang belum berkahwin!!!

tannggung sendiri ye, if ada kemusykilan tanyer la ustaz2 ., xdeath dah peringatkan..


http://www.mediafire.com/?b1ya86ef6zdwm6q

 Password : deathnota


password dia sama tak pernah berubah.. lepas klik link.. dia akan ada kotak tuk masukkan password then klik unlock file. pastu baru download.

Window 7 Live CD extreme





Windows 7 Ultimate Live CD Extreme Edition (x86/x64/ENG)
Size :
408.29 MB



Release Date: 2010
Platfm: x86-32 | x86-64 | EM64T
Bit operating system: 32 bits
Language: English
License Status: Cracked
Fmat: .ISO (Bootable) PE
Windows 7 Live CD - The operating system loaded from removable media (CD DVD USB-drive etc.) does not require installation to operate on the hard disk. The same concept and suppts refer to these operating systems. Windows 7 Live CD allows you to quickly start wking with a computer avoiding the lengthy process of installing the operating system in a permanent memy of a computer - the hard drive. Running Live CD usually takes a few minutes at a time as the first launch of the traditional operating system often requires several hours.
Featues:
- Recovering after failures:
Another application of Windows 7 Live CD - the restation of data and / efficiency ce operating system after failure. It allows you to wk with the computer when the primary operating
- Wk on multiple computers:
Another advantage of Windows 7 Live CD is a convenience if you move. F example you can get Windows 7 Live CD with you if you need some time to wk on another computer. That way you can on any computer (with CD-ROM) easy access to familiar operating system and not to be afraid of harming someone else's system and others' data while wking.
- Diskless computers and computers with small drives:
Windows 7 Live CD can be used on computers with no hard drive (which is very rare) and on computers with hard disk drive very small amount (which is also rare).
Embedded tools:
- Standard applications:
+ WdPad
+ Calculat
+ Paint
+ Notebook
- Games:
+ PinBall
+ Frecell
+ Conect 4
-System tools:
+ Copy a disk (floppy)
+ A43 File Managment Utility (instead of wire)
+ Bart Stuff Test
+ Total Commander
+ System Reste
+ Remote Descktop Connection (Remote Desktop)
+ Drive Snapshot
+ Cpu-Z
+ On Screen Keyboard
+ Reg Edit
+ Task Manager (Task Manager)
+ Windows Help
+ Nu2Menu
+ Everest Advanced System Infmation
+ DiskPart
+ Check Disk
+ Matrix Screensaver
+ CMD (command line)
+ RUN (execute)
- System requirements:
+ Process
+ Mouse / Keyboard
+ Display with at least 800x600 resolution and 32 bit cols
How to install:
1.Take the ISO file and burn it to a cd
2. Boot from cd and boom! Your done =o



Download

FILESONIC

http://www.filesonic.com/file/1446874141/7_Extreme_Edition.rar


WUPLOAD
  http://www.wupload.com/file/57103692/7_Extreme_Edition.rar


P/s : boleh jugak run dalam VMWARE.. atau virtualbox :D, ni bukan setup tapi liveCD. Masukkan dalam Pendrive atau burn dalam CD pastu terus guna je..



Istiadat Pertabalan Jin Di Istana Sultan Perak

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
 
surah ad-zariyyat : 56

"Jin itu wujud berdasarkan keterangan dari surah dalam Al-Quran di atas, sapa yang menolaknya maka berdosa besarlah kerana telah menolak satu ayat dari Al-Quran. berita pasal pertabalan jin ni aku tak pasti..sebab aku tak pernah masuk dalam istana sultan perak.. kat chandan puteri tu.. tapi aku teringat balik waktu pertama kali ustaz aku ceritakan pengalaman dia dan 39 rakan lagi untuk baca yassin dan sama-sama menghalau jin yang berada di istana sultan perak..pelbagai larangan dan pantang sekiranya korang pergi ke istana lama tersebut.tak percaya pergi sendiri ye ;D. dan aku nak kongsi ngan korang macam mane proses pertabalan jin ni.. hukum pun aku tak pasti.. maaf sangat.. korang boleh rujuk yang lebih pakar tentang agama...."
 
selamat membaca....





TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu, dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sebelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti oleh Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Setelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Setelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' keatasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan pertabalan Baginda Direstui. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERAS TANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkeraajan....)
 
 Tabal Adat
Istiadat Tabal Adat adalah upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dan dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini dilangsungkan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar-besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. Perkakas-perkakas Kerajaan termasuk senaskah kitab Al-Quran akan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu pedang Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, akan dipersembahkan kepada Raja Pemerintah baru. Ketua bentara, Toh Seri Nara Diraja, turut mempersembahkan Mastika Embun serta menyunting Cap Halilintar pada telinga kanan Paduka Seri Sultan baru sambil membisik Ciri yang dikenali sebagai 'Rahsia Nisab Sultan I' kepada Paduka Seri Sultan itu. Selepas itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja membaca Perisytiharan Pemasyhuran Pertabalan Paduka Seri Sultan. 

Nobat memainkan lagu 'Nobat Tabal'. Susulan daripada itu, Paduka Seri Sultan perkenan memasyhurkan penganugerahan gelaran 'Raja Perempuan' kepada isteri baginda sekiranya berketurunan Raja ataupun gelaran 'Raja Permaisuri' sekiranya berketurunan orang kebanyakan. Bunga pencawa pancara disemat oleh Paduka Seri Sultan pada ulu sebelah kanan isteri baginda. Perisytiharan Pemasyhuran Raja Perempuan juga dibaca oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Pakaian bagi istiadat ini adalah lengkap dengan bertengkolok. Bintang-bintang dan pingat-pingat kurniaan juga dipakai bersama.
 
Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.
 
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan. 

Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak juga merupakan salah satu adat yang unik. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot. 

Raja Cik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar. Rombongan bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora, untuk mengambil air serta dimasukkan ke dalam geluk.
 
Istiadat Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. Pakaian majlis ini adlah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di pekarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Cik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis. Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri. 

Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Cik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu. Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona.