Cara Hilangkan Ketagihan Facebook dan Pornsite

long time no see :D hehe. sorry guys and girls.(oh my english!) lama gile ah tak update blog ni. malas nak buka blogger.com tambah-tambah sekarang interface blogger dah update. Nak create new entry pun pelik semacam je. sebenarnya tak pelik pun. Cuma tak biasa lagi dengan interface baru. Insya'Allah hari ni xdeathx nak kongsi ngan korang cara-cara nak hilangkan ketagihan facebook.. atau apa-apa site. Termasuk pornographic content site. saje je share pengalaman.




pertama sekali xdeathx nak minta maaf banyak-banyak, untuk entry MiniCM7 tu. xdeathx takder cable untuk continue tutorial tu. maaf sangat-sangat. 

oklah, kita ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan ketagihan facebook atau apa-apa site yang korang sedar, site tu boleh bawa banyak mudarat kat korang berbanding manfaat. korang boleh try mana-mana cara yang korang suka. xdeathx akan citerkan secara umum, macam-macam cara.. pilih la mana-mana pun yang korang suka. ni cuma idea saja. if nak full tutorial,  xdeathx malas nak screenshot. tapi korang boleh gi sini www.pakcikgoogle.com ( tah sape la setup menatang ni).  pastu taip je ape yang korang nak.

1. Disable Internet Connection
ni cara yang tak berapa mujarab n banyak disadvantage. sebab? sebab kadang-kadang korang nak pakai jugak internet kan? nak buat research pasal assignment la hape lah. cari bahan study la. so tak berapa nak munasabah sangat la. Jadi sebenarnya xdeathx pun tak suka cara ni. btw, teramat work sekiranya korang memang nekad nak tinggalkan ketagihan tu. 

Camne nak disable Internet connection? mudah saje, kalau korang guna streamyx gi kat TMpoint kata saya nak batalkan langganan streamyx. tapi korang kena faham, langganan streamyx ada contract dia. ada sesetengah tu tak silap 12 bulan. baru boleh korang nak batalkan.kalau tidak, korang kena bayar denda RM300. 

Cara lain, if korang pakai netbook,laptop. disable atau buang saje wireless driver tu. nanti korang akan rasa malas nak install balik untuk yg pemalas je la. yang rajin tu, entah la kat korang. dah korang rajin nak buat camne lagi ? uhukuhuk ( gedik beb). Kalau kat windows 7 selalunya ada internal driver yang disediakan oleh microsoft. don't worry :D. korang guna je IP address atau dns yang merapu. jadi internet connection akan jadi tak tentu hala (tah xdeathx tak reti nak tulis konsep dia,sebab xdeathx pun tak tahu).

2. Install Website Blocker pada Browser
ok, Firefox atau Google Chrome selalunya dia sediakan pelbagai jenis plugin yang boleh digunakan oleh pengguna. Korang boleh manfaatkan benda ni, kalau kat Google Chrome, klik kat logo "spanar" kat belah kanan atas tu.. pilih tools,pastu extension. then, browse extension gallery, cari website blocker. pastu pandai-pandai la guna yep. ikut tutorial yang dia bagi. kalau tak reti bahasa inggeris, guna google translate. Guruku sering berpesan "No pain No Gain".  tapi xdeathx tak suka cara ni. huhu. btw just an idea. korang boleh try.

3. Parental Control Software
ape benda tu parental control software? baiklah parental control software ialah software yang membolehkan ibu bapa mengawal dan memantau aktiviti internet anak-anak. Banyak jenis, dan fungsi juga berbeza. Tapi kebanyakannya ada fungsi web blocker. xdeathx sarankan adik-adik/abang-abang yang ketagih facebook atau pornsite silalah ajar ibu bapa cara guna parental software ni n suruh diorang block site-site yang adik-adik atau abang-abang ketagih tu. xdeathx sangat menggalakkan korang guna Eset Nod 32 Smart Security sebab dia ada function web blocker kat function Parental Control. Interface dia pun mudah. kalau guna parental software yang lain susah sikit dan lebih advance. Ada yang boleh snapshot aktiviti anak-anak waktu main komputer n send by email ibu bapa. tapi tak suka benda ni sebab menyemak inbox je.


4. Setup Customize Dynamic DNS in router
Banyak fungsi DNS ni sebenarnya. seperti dalam post xdeathx dulu yang bypass site yang diblock oleh skmm, kita boleh set custom Dns kat connection kita. Tapi sayangnya, kalau kita setup pada pc kita sahaja kita sendiri pun boleh ubah-ubah dns tu jadi objektif untuk block website tu akan terbantut. Korang kena guna Dns address yang mempunyai function untuk web filtering. xdeathx sarankan guna OpenDNS. korang boleh pergi ke site www.opendns.com dan lihat tutorial cara nak setup DNS tu. Korang kena register n banyak sikit step dia. Untuk setup dynamic dns ni korang kena masuk Dhcp server dalam Router/modem. Jadi memerlukan password :D untuk masuk. xdeathx suka cara ni.

untuk customize site2 mane yang korang nak block. kena register n try godek2 dashboard open dns. pastu pilih la kategori site yang macam mana korang nak block.

5. Web Filtering From Modem/router
yang ni pulak korang kena ada access ke router/modem. sesetengah modem ada option untuk web filtering. mana-mana site yang korang rasa tak berfaedah tu boleh je korang block dari situ. untuk masuk ke modem/router boleh tanya pakcik google. ataupun call je technician untuk ISP korang dan minta tolong diorang cara masuk ke dalam router/modem.



6. Block Through Window Host File
ni korang kena edit windows host file guna notepad. banyak tutorial untuk ni kat google. tapi tak berapa minat cara manual ni :D. xdeath lebih suka tukar dns.



itu saje yang xdeathx nak kongsi, sebenarnya bergantung pada nekad dan tekad korang. Kena janji dengan diri sendiri. Social Networking site kadang-kadang banyak jugak manfaatnya. sekarang facebook dah ada function upload file dalam group. Limit size 25 mb. Jadi boleh korang kongsi-kongsi assignment ke, kongsi bahan, mp3 ke. tapi kadang-kadang kalau terlampau ketagih sangat korang jadi malas dan susah nak fokus. jiwa korang terperangkap dalam dunia maya yang takder penghujung. Facebook jugak akan buat fokus korang pada facebook ja. korang akan sentiasa tunggu notification dari kawan-kawan facebook korang. tu lah masalahnya. 



nak solve masalah addicted kat facebook ni. korang delete je akaun facebook korang. korang kena banyak berkorban. kan dah kate tadi "No pain No gain". korban la akaun korang tu. takpun filter je guna cara yang xdeathx bagi tu. Twitter pun same.


Kalau Pornsite lagi la. Addict kepada pornsite. Ish3. Allah sahaja yang tahu rasanya. Nak berhenti sangat-sangatlah susah bagi sesetengah orang. n then, Pornographic content tu boleh merosakkan otak korang. TAk percaya? duduk la tengok porn dalam 2 minggu berturut-turut 24 jam sehari. Jadi bebal gile otak. ada kajian psikologi  kenapa boleh jadi camni. bukan men cakap-cakap saje yep. Same jugak facebook. if korang, ralit ngan sesuatu benda, sesuatu benda yang ada dalam paleotak korang akan hilang sedikit demi sedikit kalau korang tak ulangkaji benda-benda tu.



nak elak tengok pornsite atau rasa gersang korang jugak kena banyak bersenam n sebaiknya bersukan. lepas makan janganla terus duduk depan facebook takpun lepas makan tidur. tak baik untuk kesihatan. paling malas joging la dalam 2-4 km. tak pun lari setempat dalam 10-20 minit. Supaya pembakaran kalori boleh berlaku. Takpun beli apa-apa alat senaman yang boleh buat korang berpeluh. Jangan sesekali Onani! Onani beri kesan buruk ke atas kesihatan fizikal tubuh tambah-tambah kepada perempuan.



Hukum Onani pun haram mengikut mazhab syafie. bagi lelaki korang boleh buat tekan tubi, sekurang-kurangnya protein dalam badan korang tu takder la terbiar camtu je. untuk gunakan protein ke tahap maximum. nak naikkan otot-otot korang. korang kena buat tekan tubi,bangkit tubi. n banyak main dumbell.takder la badan tu kurus kering. 

tapi pada-pada la pun angkat dumbell,ada cara-cara nak workout. bukan main redah je. untungla sape belajar Sport Science.. huhu :D. anjakan paradigma. jom ubah diri dan environment :D
itu saja nak dikongsikan, selamat beramal. minta maaf andai tersalah fakta dan terkasar bahasa. xdeathx jugak manusia.




No comments on "Cara Hilangkan Ketagihan Facebook dan Pornsite"

Leave a Reply